Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Ilham Centre berkongsikan dapatan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri Sembilan yang berlangsung esok, apa yang mencorakkan sentimen pengundi
Transcript
00:06Assalamualaikum, salam sejahtera. Ini adalah Buletin Awani khas Negeri Sembilan Memilih.
00:11Enam jam sebelum kempen pilihan raya negeri ini akan berakhir pada jam 12 tengah malam ini.
00:17Dan hari ini juga beberapa pusat kajian dan juga badan-badan penyelidikan mengeluarkan dapatan-dapatan masing-masing
00:25yang melihat kepada kecenderungan sentimen pengundi yang akan dilunaskan ataupun ditunaikan melalui kotak undi pada hari esok 1 Ogos 2026.
00:35Negeri Sembilan Memilih melihat kepada landscape politik yang sikit sebanyak berbeza.
00:41Setelah itu dapatan yang diberikan dalam satu kenyataan media oleh Ilham Center.
00:46Saya ingin terus bersama dengan orang kuat Ilham Center Yusamuddin Bakar.
00:50Terima kasih kerana sediakan bersama kami dalam Buletin Awani khas pada petang ini.
00:55enam jam menuju ke hari kempen.
00:57Adakah akan ada satu movement ataupun gerakan yang memesungkan pandangan dan juga keputusan yang bakal dilakukan oleh pengundi-pengundi di
01:07Negeri Sembilan?
01:08Dan juga dalam aspek itu juga bagaimana kita melihat kepada kecenderungan sentimen dan juga pengundi-pengundi di Negeri Sembilan
01:16dalam tempoh pilihan raya dan juga kempen yang berlangsung sejak dua minggu lalu?
01:23Baik Zon, saya nak recap balik tentang setting pilihan raya negeri kali ini sebenarnya berbeza dengan pilihan raya negeri yang
01:33lepas.
01:33Yang lepas pilihan raya enam negeri, Negeri Sembilan termasuk daripada enam negeri yang melaksanakan pilihan raya selepas daripada pilihan raya
01:42umum.
01:43Yang lalu yang menyaksikan bahawa ketika itu kerajaan perpaduan telahpun terbentuk di peringkat persekutuan dan di Negeri Sembilan ini ketika
01:52itu
01:53Pakatan Harapan membentuk kerjasama dengan Barisan Nasional.
01:56Pembahagian kursi itu dibahagikan kepada dua teritori ataupun dua kawasan dun.
02:04kawasan majoriti Melayu ini ditandingi oleh UMNO Barisan Nasional manakala bagi kursi bercampur dan juga kawasan majoriti Cina itu diwakili
02:13oleh Pakatan Harapan.
02:14Dua blok ini bergabung tenaga bertembung dengan Perikatan Nasional ketika itu.
02:22Sebaliknya apabila memasuki dalam pilihan raya kali ini setting itu sudah berubah yang mana yang mana dahulunya bertembung di kawasan
02:32Melayu
02:32Barisan Nasional bertembung dengan Perikatan Nasional bergabung tenaga menjadi satu apa yang dikatakan kerjasama politik
02:40dan mereka membahagikan kawasan ini kepada 24 kawasan ditandingi oleh Barisan Nasional dan 11 kawasan ditandingi oleh Perikatan Nasional.
02:51dan bertembung dengan blok yang dahulunya Barisan Nasional bergabung tenaga yang sama ialah Perikatan Harapan.
02:56Maka tidak ada pilihan lain, Perikatan Harapan terpaksa bertembung di kawasan, semua kawasan yang ditandingi.
03:02Ini menjadikan keadaan ini sudah berubah yang mana kalau kita lihat dari segi sentimen yang dibawa daripada Pilihan Raya Negeri
03:10Johor
03:11sebenarnya sampai juga di Negeri Sembilan ini.
03:14dan gabungan kombinasi undi Melayu yang dimiliki oleh Barisan Nasional dan Perikatan Nasional
03:21telah menyebabkan seperti mana yang kami kongsi, dapatan kajian kami menunjukkan bahawa
03:27bagi Kursi Melayu ini memang berlaku gelombang yang lebih jelas berbanding Pilihan Raya Negeri Johor
03:34di dalam Pilihan Raya Negeri Sembilan kali ini.
03:36Hisam, Hisam mengatakan bahawa percaturan itu dilakukan dengan perbandingan pada tahun 2023.
03:42Tetapi saya masih lagi ingat pada tahun 2023 itu kita melihat kepada perpindahan undi.
03:48Adakah undi UMNO itu memihak kepada Pakatan Harapan?
03:53Dan dalam konteks di Negeri Sembilan itu tidak berlaku dengan mudah.
03:56Justru itu menghasilkan apa yang berlaku majoriti-majoriti yang agak tipis di beberapa kawasan khususnya kawasan-kawasan Melayu.
04:02Mungkin kita boleh beranjak kepada tahun 2018 sekalipun.
04:06Adakah adil kalau kita katakan kejayaan ataupun kebolehan Pakatan Harapan untuk menjadi kerajaan negeri dan Negeri Sembilan
04:15kerana bergantung kepada kawasan-kawasan campuran dan juga bergantung kepada kawasan-kawasan majoriti bukan Melayu.
04:21Dan kawasan-kawasan di kampung masih lagi atau kawasan-kawasan Melayu hardline ini masih dikuasai oleh politik UMNO, Barisan Nasional
04:28dan kini ditambah pula dengan Perikatan Nasional itu lebih menguatkan.
04:32Maksudnya tidak banyak perubahan daripada segi sentimen dan sebagainya.
04:35Hisam bagaimana dalam hal itu kalau kita analisis?
04:38Baik, sebenarnya kalau kita menjurus kepada aspek perpindahan undi Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan
04:45kemudian Pakatan Harapan kepada Barisan Nasional semasa pelaraya negeri yang lepas.
04:50Sebenarnya perpindahan undi itu tidak berlaku secara seragam.
04:54Barisan Nasional sebenarnya tidak melakukan perpindahan undi secara maksimum kepada Pakatan Harapan.
05:01Misal contoh kursi yang ditandingi oleh PH di kursi-kursi bercampur dan juga majoriti Cina,
05:07PH hanya menerima sekitar 30% sahaja sokongan daripada pengundi Barisan Nasional.
05:13Manakala bagi pengundi Pakatan Harapan yang mana kursi don yang ditandingi oleh BN,
05:20mereka melakukan perpindahan undi 80% hingga 90%.
05:25Ini jika kita lihat membawa kepada pelaraya negeri kali ini,
05:30perpindahan undi ini di antara BN kepada Perikatan Nasional, BN,
05:34berlaku secara berbeza juga.
05:37Tetapi peratusannya lebih tinggi berbanding dengan Pakatan Harapan yang lepas.
05:40Sebagai contoh, dalam data kami kami menyatakan bahawa perpindahan undi itu berlaku sekitar 75%
05:46daripada pengundi BN kepada Perikatan Nasional.
05:49Manakala BN berpindah kepada BN itu berada di arah yang sangat tinggi,
05:54sangat optimum iaitu 91%.
05:57Jadi dengan kombinasi yang bagi pada hemat saya sangat tinggi di kawasan majoriti Melayu ini,
06:03menyebabkan PH tersudut dan mereka ini berlaku defisit sokongan pengundi Melayu,
06:09terutamanya di kawasan majoriti Melayu yang dihadapi oleh Pakatan Harapan sekarang.
06:14Kesan daripada perpindahan undi yang berlaku di antara dua parti Melayu yang besar ini.
06:18Ramalan Ilham Center melihat kepada penguasaan barisan nasional di hampir 20 berapa?
06:24Kursi kalau tidak senang saya, Hisam berapa kursi?
06:2623 tu?
06:2723.
06:27Manakala Pakatan Harapan bertahan di berapa kursi?
06:3313.
06:3413.
06:34Okey, saya tertarik kepada beberapa kawasan.
06:37Yang Hisam katakan 5 kawasan yang bakal menjadi percaturan ataupun penentu ataupun kawasan yang sukar diramal.
06:445 kursi yang sukar diramal mengikut kepada dapatan Ilham Center iaitu N10 nilai yang memiliki Rp45,911 daftar pemilih,
06:55N12 temyang Rp12,947, N32 linggi Rp20,677, Repah N36 Rp27,910 dan N01 cenah daftar pemilih Rp14,422.
07:10Kalau dilihat analisis awal, N01 menyaksikan pertandingan yang melihat kepada pertandingan yang dikuat oleh calon Anthony Locke dan juga N32
07:22oleh penyandang Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Amin Yudhi Harun.
07:26Itu kita tahu kenapa sukar diramal.
07:28Tetapi mungkin Hisam dapat memberikan dapatan temyang dan juga Repah.
07:33Kalau orang Negeri Sembilan kata ini kawasan-kawasan kubu DAP bukan daripada 2018 sebab dahulu pun kita dah nampak itu
07:39memang kawasan
07:40orang nampak roket, itulah diundinya.
07:43Kenapa ini suka diramal pada kali ini?
07:46Benar Azul. Pertama sekali kalau saya nak ulas dari segi kerusi Don Temiang.
07:51Don Temiang ini sebenarnya DAP menukar calon mereka kepada calon baru.
07:55Jadi calon baru ini bertemu dengan calon MCA, Datuk Siau ini.
08:00Pada Datuk Liau ini, pada pemerhatian kami sebenarnya adalah kerana pertama sekali konsolidasi undi Melayu di dalam Don Temiang ini
08:10akan tersudut kepada calon daripada Barisan Nasional.
08:14Manakala bagi pengundi Cina misalnya contoh di kawasan Temiang ini, majoritinya adalah pengundi Cina.
08:22Dalam dapatan kajian kami mendapati bahawa terdapat isu-isu yang melatari ketidakpuasan hati mereka.
08:28dan sebagai contoh bagaimana lot di peringkat pasar-pasar di Temiang itu sebenarnya mendapat rumutan tinggi daripada masyarakat setempat.
08:39Jadi dengan elemen sebegitu yang isu lokal, malahan mereka menyatakan bahawa polisi nasional ini sebenarnya menyebabkan mereka tawah hati
08:50dan agak kecewa dengan Pakatan Harapan, terutamanya kepada generasi muda yang lebih kritikal terhadap DAP dan juga Pakatan Harapan.
08:59Jadi dalam konteks itu Zul, kita melihat bahawa dahulunya DAP dan juga Pakatan Harapan mendapat solid sokongan daripada pengundi Cina
09:08kalau di Negeri Sembilan ini mencecah pada 97% kali ini sudah tidak sepenuhnya seperti mana dalam pencapaian yang lepas.
09:16Manakala di Repah sebenarnya calon daripada DAP adalah daripada Datuk Virapan
09:23Datuk Virapan bertanding di Repah bertemu juga dengan calon MCA
09:27situasi yang berlaku juga di sini adalah menariknya pengundi India memberikan isyarat yang berbelah bagi
09:34tidak lagi solid seperti mana dahulu
09:36juga ketidakpuasan hati pengundi Cina berlaku juga di Repah.
09:41Jadi dalam keadaan sebegini menyebabkan calon daripada MCA memang bergantung sepenuhnya kepada gabungan undi Melayu
09:50manakala mereka akan mendapat sedikit limpahan ataupun lonjakan daripada segmen pengundi Cina dan juga India.
09:59ini yang menyebabkan kesukaran untuk kami membaca bagaimana dua dun ini akan berlaku keputusan akhir nanti memihak kepada DAP
10:07maupun akan beralih tangan kepada MCA.
10:10Saudari Isam, kalau kita lihat kepada N01 Cenah, ini mungkin sedikit menarik untuk kita lihat kerusi yang ditandingi oleh setiap
10:18sanggung DAP
10:19iaitu Anthony Locke, 14,422 dan daripada segi komposisi kaumnya juga agak seimbang di situ.
10:26Satu lawan satu DAP dan PH dan juga BN di situ.
10:28Adakah faktor personaliti yang menyebabkan Ilham Centre sukar untuk menebak kawasan ini cenderung ke arah mana?
10:34Ataupun sebab apa, Isam?
10:37Benar. Faktor personaliti YB Anthony Locke ini sebenarnya menyebabkan kami sukar untuk membuat bacaan
10:45kerana pertama sekali kita tahu bahawa komposisi kaum di sini agak seimbang di antara etnik Melayu dan juga etnik Cina.
10:53Misal contoh Melayu 48%, Cina 42%.
10:58So, sepatutnya ketumbukan daripada pengundi Cina kalau seperti mana dahulu
11:02kalau Locke bertanung di Cenah ini, dia mendapat sokongan penuh daripada pengundi Cina
11:07tetapi kali ini tidak lagi sebegitu rupa
11:10seperti mana yang saya ulas berlaku di Repah dan juga di Temiang.
11:13Manakala bagi segmen pengundi Melayu yang dahulunya memberikan sokongan
11:19kerana tadi limpahan daripada sokongan daripada kerjasama dengan Barisan Nacional
11:22tetapi kali ini apabila gabungan dua parti itu menyebabkan
11:28lebih bergantung kepada personaliti yang dimiliki oleh engineer Locke di situ.
11:33Dan rata-rata menyebabkan bahawa visibility, keberadaan, performance, prestasi
11:38YB penyandang sebenarnya mereka berpuas hati.
11:42Tetapi elemen polisi di peringkat nasional itu sebenarnya yang sedikit menggigit mereka
11:48untuk menyatakan sokongan secara langsung dan maksimum seperti mana pilihan raya yang lepas.
11:54N32 linggi, Hisam, kalau dilihat daripada dapatan Ilham Center juga
11:59dalam penyataan media itu menyebut bahawa daripada segi performance rating
12:03ataupun approval rating oleh Menteri Besar Negeri Sembilan berada pada tahap yang tinggi.
12:07Tetapi tindakan daripada sikamat menuju ke linggi itu
12:10satu percaturan yang sukar untuk difahami dan juga risikonya juga besar
12:16dan kegagalan, adakah satu kegagalan branding seorang Menteri Besar
12:22yang ada track record yang bagus ketika menjadi Menteri Besar itu
12:25tidak digunakan dengan spek mungkin dalam kempen pelayan raya
12:28dalam tempoh dua minggu yang lepas?
12:31Ya, bagi saya, saya bersetuju dengan penyataan itu kerana kami dapati
12:35dalam dapatan kajian ini, sebenarnya fokus kempen
12:39ialah untuk menetakkan Tok Min ini sebagai figura penting
12:44dan juga pencapaian cerita-cerita kejayaan di Negeri Sembilan
12:50oleh Pakatan Harapan dan Kajian Bapak Doan sebelum ini
12:52perlu diangkat sebagai tema utama.
12:54Tetapi sepanjang kempen ini kami dapati bukan tidak ada, ada zon
12:58memang diangkat. Tetapi oleh kerana berlaku tadi
13:01gelombang naratif penyatuan Melayu ini lebih kuat
13:05jadi elemen success story ataupun elemen yang bersifat fakta ini
13:09biasanya akan kalah dengan sentimen yang berlaku di peringkat akar umbi
13:13ini yang berlaku kesannya kepada Linggi
13:15yang mana Tok Min gagal dijual dan dipasarkan oleh
13:20ejen-egen dan juga jentera Pakatan Harapan
13:22untuk memastikan melepasi garis kemenangan di Linggi dengan selesa
13:26jadi dalam aspek ini saya melihat di kawasan Linggi ini
13:30adalah sebenarnya secara kubu, ia adalah merupakan kubu tradisi
13:34Ambro Panasional. Malahan pula Datuk Faizal juga agak bagi saya
13:39memang terampil beliau di Dun Linggi. Jadi apabila Tok Min memilih
13:46Dun Linggi yang berpindah daripada Sikamat adalah satu langkah yang berisiko
13:50dan inilah akibatnya apabila Tok Min memilih kawasan ini
13:54akhirnya bila tidak dapat untuk membuat apa yang dikatakan
13:59bantuan ataupun lebih terampil untuk membantu Dun Linggi yang lain
14:03tapi ini yang kita maksudkan kerusi yang sukar diramal oleh Saudara Hisom
14:08ini lima kawasannya dan ini juga adalah dapatan daripada tinjauan
14:14keputusannya ditentukan oleh anda, pengundi-pengundi Negeri Sembilan
14:17anda boleh bersetuju, boleh keluar pengundi, anda boleh tidak bersetuju
14:20untuk membuktikan perkara ini salah kerana itu masih lagi terbuka luas
14:24untuk pengundi-pengundi di Negeri Sembilan
14:26saya nak berhenti lihat seketika dahulu
14:28ini lima kerusi yang sukar diramal
14:30penentunya esok anda boleh membuktikannya juga
14:33tapi selepas ini satu perkara yang menarik ialah kita melihat kepada segmen pengundi muda
14:37kerana 50% pengundi-pengundi di Negeri Sembilan adalah orang muda
14:41dan juga bagaimanakah trendnya
14:43itu kita bincang selepas ini kita berhenti lihat seketika dahulu
15:05Saudara Hisomuddin Bakar dari Ilham Centre masih lagi bersama dengan kami
15:08kita bercerita mengenai dapatan tinjauan Ilham Centre berkaitan dengan kempen dan juga sentimen
15:13menuju ke pilihan raya Negeri Sembilan esok hari penentuannya
15:17esok juga kepada rakyat Negeri Sembilan pengundi-pengundi yang berdaftar layak memilih
15:23tunaikan tanggungjawab anda dan apa yang kami bincangkan pada petang ini
15:27ialah melihat kepada sentimen dan juga tinjauan yang dilakukan sepanjang kempen ini berlangsung
15:32andalah penentunya untuk mengia atau menidakkan apa yang kami bincangkan ini
15:36tapi satu perkara yang menarik Hisom ialah kalau kita melihat kepada pengundi-pengundi muda
15:41di mana kalau dalam kenyataan Ilham Centre Negeri Sembilan ini masuk ke fasa baru
15:45apabila hampir separuh daripada keseluruhan daftar pemilih terdiri daripada pengundi muda
15:49kalau ikut daripada perata komposisi pengundi muda di Negeri Sembilan
15:53berada pada 48% ini angka yang cukup tinggi
15:59manakala 15 don memiliki komposisi lebih daripada 50%
16:04separuh daripada pengundi muda berada di 15 don di Negeri Sembilan
16:10dan lima kawasan yang tertinggi yang mencatatkan komposisi orang muda
16:15ialah di Bagan Pinang N31 lebih 60% pengundinya adalah pengundi muda
16:22manakala di Paroi sebanyak 59%
16:26di Labu 55%
16:28kalau di Serting 58% dan digemas 58% di situ
16:34ini bermakna hampir setiap keputusan pilihan raya kini dipengaruhi secara langsung
16:37dengan kecenderungan generasi baru
16:39Hisom, bagaimana kita melihat perkara ini?
16:42generasi muda adakah mereka tinggal di kawasan-kawasan ini
16:44ataupun mereka berkelana, merantau
16:46dan juga apa isu-isu nya?
16:48kerana kita seringkali bagi persepsi dan juga ada stereotip
16:51mereka tiada kesetiaan kepada parti
16:53melihat kepada banyak isu lebih kritikal
16:55adakah itu yang berlaku dalam konteks pengundi muda di Negeri Sembilan?
16:59ya dalam konteks pengundi muda yang kami temui
17:03terutamanya di dalam kawasan pengundian
17:06kerana kita hanya bertemu dengan pengundi yang berada dalam kawasan yang dikaji
17:11maka kami mendapati bahawa bagi pengundi muda sebagai contoh
17:15paling awal kita ambil yang berumur 18 tahun
17:17hinggalah mereka yang belajar di IPT misalnya contoh
17:21dalam temubuan mendalam kami dan juga fokus grup discussion yang ditemui
17:26apa yang sebenarnya yang berlaku kepada generasi muda ini
17:30berbeza sedikit dengan di Johor
17:33apabila di Johor itu yang kita nyatakan mereka adalah
17:38candidate centric
17:39mereka adalah late decider untuk membuat keputusan
17:42tetapi di Negeri Sembilan ini
17:45kelompok ini rupanya telah pun
17:48telah termasuk di dalam trend
17:50iaitu naratif penyatuan Melayu dan Islam itu
17:53maka dalam perbincangan kami bersama dengan anak-anak muda
17:57di dalam kawasan yang dikaji sebanyak 36 don ini
18:01memberikan penyataan secara jelas mereka bersetuju dengan
18:04gabungan parti yang memperjuangkan Melayu dan Islam
18:08maka daripada konteks awal
18:12anak muda yang dah runya agak kritikal untuk melihat calon dan sebagainya
18:16tetapi oleh kerana tadi trend yang berlaku ketika pilihan raya
18:19ataupun selepas pada pilihan raya negeri Johor ini
18:22telah membadai di Negeri Sembilan
18:24akhirnya telah menyebabkan tumpuan awal
18:28anak muda ini telah beralih
18:30walaupun sebenarnya mereka tidak mengenal calon
18:32yang diwakili oleh parti Melayu-Islam tadi
18:36tetapi apa yang dikatakan sentimen itu telah membesar
18:40dengan kuat sekali di Negeri Sembilan ini
18:42akhirnya mereka membuat penyataan secara terbuka
18:45terus serang bahawa mereka akan mengundi parti Melayu-Islam
18:48bagi konteks anak muda Melayu
18:50bagi anak muda bukan Melayu pula mereka sebenarnya lebih kritikal
18:54yang selama ini mereka meletakkan harapan kepada parti yang lebih progresif
18:59seperti mana yang berlaku kepada Pakatan Harapan
19:02tetapi mereka sudah pun mula melihat titik-titik bahawa reformasi yang perlahan
19:08dengan dasar-dasar yang mereka lihat kepada ibu bapa mereka yang berniaga dan sebagainya
19:13maka sedikit sebanyak yang menjejaskan sedikit pola sokongan
19:17yang kami sifatkan lagi tidak lagi otomatik kepada parti yang sebelum ini
19:22mereka berikan kepada Pakatan Harapan
19:24tapi Hisam, lihat kepada sentimen itu
19:27adakah ianya dibina daripada kempen semata-mata
19:30ataupun sebenarnya dibina sepanjang tempoh kerajaan perpaduan ini ditubuhkan
19:36satu, dan kedua
19:37bagi pengundi-pengundi di Negeri Sembilan khususnya
19:39apabila mereka menyatakan sokongan dan juga menyatakan kepada
19:42kecenderungan kepada penyatuan Melayu itu
19:45apa harapan mereka dan juga apa yang mereka pegang daripada perkara itu
19:50adakah semata-mata untuk mengubah ataupun bagaimana Hisam?
19:53baik, pertama sekali saya melihat bagaimana perkara ini berlaku
19:57adakah sudah lama berlaku ataupun baru berlaku
20:00sebenarnya ianya baru berlaku Zon
20:02iaitu selepas daripada gelombang yang berlaku di Johor
20:06jadi di Sembilan ini adalah tempias
20:09ataupun gelombang yang glora yang sampai
20:11daripada kesan pilihan raya negeri di Johor
20:14yang berlaku di dalam minda
20:16ataupun apa yang dilihat oleh anak muda Melayu
20:19di kawasan majoriti Melayu ini
20:20maka pada hemat kami
20:23sebab itu ialah politik identiti ini sebenarnya
20:26dia memang cepat untuk memangkin emosi
20:30boleh mencetuskan emosi dengan pantas
20:32jadi walaupun tempohnya begitu singkat
20:36tetapi naratif itu diterima dengan baik
20:39kerana naratif itu memangkin emosi mereka
20:43itu pandangan saya
20:44berhubung dengan soalan yang kedua tadi ialah
20:46apa harapan mereka kepada ini
20:49sebenarnya mereka lebih kepada melihat ketakutan tadi
20:53ketakutan kepada apa yang diberikan dogma negatif
20:57berhubung dengan DAP
21:00berhubung dengan Pakatan Harapan
21:02yang mengabaikan perjuangan Melayu dan Islam itu
21:04lebih kepada sentimen bukan fakta sebenar
21:07yang itu yang sebenarnya berlaku di dalam pemikiran mereka
21:11iaitu anak muda yang kami temui di dalam kajian kami lakukan
21:15dalam masa yang sama Hisam
21:17bagaimana kita melihat kepada
21:19peratusan keluar mengundi
21:20dan juga keupayaan setiap parti
21:23untuk mengeluarkan penyokong-penyokong mereka
21:25bagaimana itu penting untuk hari esok
21:29Sudah tentu eh
21:30bagi parti kita tahu bahawa
21:33keadaan don di Negeri Sembilan ini
21:36sebenarnya jumlah pengundinya itu
21:40saiznya agak kecil berbanding
21:42don yang melaku di Negeri Johor sebagai perbandingan
21:45maka saiz itu adalah bagi saya
21:47manageable ataupun boleh diurus oleh jentera dengan baik
21:51ada don yang hanya sekitar 13,000 pengundi
21:54jadi 13,000 dengan unjuran bahawa
21:57yang akan keluar mengundi hanya sekitar 65 hingga 70%
22:00kalau tinggi pun 75%
22:02daripada jumlah pengundi sebesar itu
22:05jadi sebenarnya ini adalah akan menguji keupayaan jentera
22:09untuk mereka menggerakkan jentera mereka ini
22:13membawa pengundi untuk keluar mengundi
22:15itu adalah strategi yang memang
22:17ada kepada parti yang mempunyai akad umbi
22:20jentera mereka sampai ke peringkat bawahan
22:23ini sebagai contoh kepada UMNO dan juga PAS
22:27tetapi bagi jentera yang melibatkan di kawasan bandar
22:31mereka mengharapkan sebagai contoh pengundi-pengundi
22:34yang bekerja di Lemah Kelang
22:36bekerja di Selangor, bekerja yang di luar
22:38daripada Negeri Sembilan yang berdekatan
22:39untuk pulang mengundi
22:42dan oleh kawasan mengundi ini sebenarnya
22:46tidak jauh daripada pergerakan untuk mobiliti
22:51untuk keluar balik mengundi itu tidaklah sebegitu jauh
22:53jadi bagi saya ini akan meletakkan harapan lebih tinggi
22:56untuk peratusan keluar mengundi dan jentera untuk
22:59mengurus mereka ke kotak undi nanti
23:02akhirnya keluar mengundi itu yang lebih penting
23:04kita bagi orang politik dengan buat kerja
23:05terima kasih Isom
23:06tapi ini ada reaksi daripada Perdana Menteri
23:08Selangor Isom
23:09kerana tadi wartawan kami juga
23:11tempat menemukan Perdana Menteri
23:12dan reaksi Perdana Menteri ialah
23:13katanya 6 survei, 6 keputusan
23:15sekarang ada masa kerja dulu
23:17itu reaksi pengurusi Pakatan Harapan
23:18Datuk Syarana Ibrahim ketika diminta mengulas
23:20mengenai unjuran terkini
23:21berkaitan PRN Negeri Sembilan
23:24PRN ke-16
23:25Isom
23:26itu dapatan terbaru
23:27ataupun reaksi terbaru Perdana Menteri kita ketahui
23:29terima kasih kepada Isom
23:30dan apa yang kita bincangkan hari ini
23:32akan memberikan satu indikasi
23:35kepada apa yang berlaku esok
23:36tetapi akhirnya rakyatlah yang menentukan
23:39sama ada ianya dibuktikan secara benar
23:41ataupun tidak
23:41dan itu juga akan kami bawakan
23:43sepanjang hari esok
23:44malam ini Luqman Haris akan bersiaran
23:46selangsung dari Negeri Sembilan
23:48pastikan anda bersama dengan beliau
23:49dan rakan-rakan kami di seluruh Negeri Sembilan
23:51siaran langsung dari lokasi
23:53Awani 745 dan Sinar Awani sebentar lagi
23:55dan juga teruskan bersama kami
23:57di seluruh platform kami di Astro Awani
23:59sepanjang hari esok
24:01untuk kita melihat
24:01kepada penentuan yang bakal dilakukan oleh
24:03Rakyat Negeri Sembilan
24:04Sekian sahaja
24:05Assalamualaikum
24:05Salam sejahtera
24:06Jumpa lagi
24:06Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended