Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menjadi badan induk bola sepak benua terbaru yang menolak rancangan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menjual kepentingan Piala Dunia kepada pelabur luar.
Transcript
00:00Konfederasi Bola Sepak Asia AFC menolak rancangan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA menjual kepentingan Piala Dunia kepada pelabur luar.
00:10Pendirian tegas Badan Induk Bola Sepak Asia itu disiarkan menerusi satu kenyataan di semua platform rasmi AFC.
00:18Ia berikutan usul FIFA Forward Enterprise FFE yang menjangkakan pelan berkenaan boleh menjana pulangan lumayan
00:26dengan hasilnya diagihkan kepada semua negara ahli Badan Induk itu.
00:30Pendedahan rancangan FIFA ini mengundang reaksi negatif pemegang taruh bola sepak termasuk Kesatuan Bola Sepak Eropah UEFA
00:37dan Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Tengah dan Caribbean CONCACAF.
00:42UEFA kemudian meluluskan usul memboykot semua kejohanan anjuran FIFA termasuk Piala Dunia
00:47selagi usul itu masih wujud, selain AFC dan CONCACAF kini turut menolak usul itu secara keras.
00:54Susulan itu AFC menggesa FIFA menyemak semula kerangka takbir urus
00:58dan membuat keputusan dengan merujuk semua pihak berkaitan sebelum mengemukakan sebarang usul.
Comments

Recommended