Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sedang menyiasat laporan penahanan seorang juruterbang Malaysia di Indonesia dari sudut pengawalseliaan, termasuk untuk menentukan sama ada wujud sebarang kelemahan sebelum juruterbang itu berlepas dari Malaysia.
Transcript
00:00Pihak Perkuasa Penerbangan Awam Malaysia, CAAM, sedang menyiasat laporan penahanan seorang juruterbang Malaysia di Indonesia yang dikaitkan dengan dadah.
00:11Menurut CAAM, pihaknya sedang mengumpulkan fakta berkaitan insiden yang dilaporkan melibatkan juruterbang berusia 39 tahun itu.
00:22Katanya aspek itu akan disiasat dari sudut kawal selia termasuk pematuhan syarikat penerbangan itu terhadap keperluan kawal selia yang ditetapkan
00:30dan proses keselamatan operator lapangan terbang.
00:33Ia bagi menentukan sama ada terdapat sebarang kelemahan sebelum individu itu berlepas dari Malaysia.
00:40Kenyataan CAAM itu dibuat sesudah laporan seorang juruterbang warga Malaysia ditahan pada 29 Julai selepas didakwa cuba menyeludup kira-kira
00:5025 kilogram pil ekstasi bernilai sekitar RM60 bilion atau RM14 juta.
00:56Menurut CAAM, sebagai tindakan segera, pihaknya akan meningkatkan pemantauan terhadap keperluan kawal selia sedia ada berkaitan pemeriksaan bagasi dan prosedur
01:07keselamatan termasuk yang dikenakan kepada kru penerbangan.
01:10Menurut pihak berkuasa Indonesia, dadah itu merangkumi kira-kira 70,114 pil ekstasi dan 4 gram metafitamin kasar yang dipercayai
01:20disembunyikan dalam bagasi suspek sebelum ditemui ketika pemeriksaan di lapangan terbangan terbangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.
Comments

Recommended