Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Menurut kajian itu, isu berkenaan mempunyai nilai sensitif dalam kalangan masyarakat Islam kerana TH bukan sahaja berkaitan aspek kewangan, malah mempunyai nilai keagamaan dan emosi yang tinggi.
Transcript
00:00Isu laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Neraja RCI berkaitan tabung haji TH berpotensi membentuk persepsi baharu dalam kalangan pengundi Melayu Islam
00:09khususnya pendiposit institusi itu pada penghujung kempen Pilihan Raya Negeri PRN Negeri 9 ke-16.
00:16Dapatan itu didedahkan dalam kajian persepsi pengundi Negeri 9 menjelang Pilihan Raya DUN ke-16 oleh IDE Research Center IDERC
00:25pada Jumaat.
00:27Menurut kajian itu, isu berkenan mempunyai nilai sensitif dalam kalangan masyarakat Islam kerana TH bukan sahaja berkaitan aspek kewangan malah
00:35mempunyai nilai keagamaan dan emosi yang tinggi.
00:38Pada masa yang sama, isu tersebut perlu dinilai berdasarkan kandungan penuh laporan dan tidak digunakan untuk menghukum mana-mana pihak
00:45sebelum proses undang-undang selesai.
00:49IDERC berkata oleh sebab isu ini muncul pada saat-saat akhir kempen, kesannya mungkin lebih besar terhadap pengundi yang masih
00:56belum membuat keputusan.
00:58Pada Rabu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM menerbitkan laporan RCI berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi lembaga TH bagi
01:06tempoh 2014 hingga 2020 setebal 211 halaman.
Comments

Recommended