Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Tiga individu terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam satu letupan yang berlaku berhampiran sebuah teres restoran musim panas di pusat bandar Moscow pada Sabtu malam.
Transcript
00:00Tiga individu terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam satu letupan yang berlaku berhampiran sebuah restoran di pusat bandar Moskow pada
00:08Sabtu malam.
00:09Menurut polis Moskow, letupan itu berlaku kira-kira jam 8 malam waktu tempatan berhampiran sebuah teras yang terletak di tingkat
00:17bawah salah sebuah daripada tujuh bangunan pencakar langit era Stalin di dataran Kudrin Skaya.
00:25Pihak berkuasa memaklumkan mangsa mengalami kecederaan dengan tahap berbeza.
00:30Pasukan penyiasat dan perkhidmatan kecemasan kini berada di lokasi bagi menjalankan siasatan dan operasi menyelamat.
00:36Media penyiaran kerajaan Rusia melaporkan letupan itu mungkin berpunca daripada sebuah tong gas yang meletup namun punca sebenar kejadian masih
00:44belum dapat dipastikan.
00:45Agensi Berita Negara Rusia RIA turut menyiarkan rakaman yang menunjukkan anggota penguatkuasa bersenjata lengkap berkawal di lokasi kejadian yang telah
00:54ditutup kepada orang awam.
00:56Portal Berita Baza melaporkan letupan berlaku di restoran Itali Mewah Balzi Rossi.
01:02Menurut laman sesawang restoran itu, primis berkenaan ditutup pada Sabtu bagi memberi laluan kepada satu majlis persendirian.
01:09Pihak berkuasa Rusia masih meneruskan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar letupan tersebut.
01:15Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended