00:00Spanyol mula memasang penghadang terapung sepanjang 500 meter di perairan sempadan Kuiheta dengan Maghribi pada Sabtu lepas sekurang-kurangnya 67
00:10migran maut dalam cubaan beramai-ramai memasuki wilayah milik Spanyol itu.
00:15Menurut pihak berkuasa Spanyol, kemasukan migran ke Kuiheta terhenti sepanjang malam selepas operasi kawalan keselamatan dipertingkatkan.
00:25Menurut kerajaan Spanyol, kira-kira 50,000 individu memasuki Siuta melalui darat dan laut sejak Khamis dalam gelombang kemasukan terbesar
00:33pernah direkodkan di salah satu daripada beberapa sempadan darat kesatuan Eropah EU dengan benua Afrika.
00:40Daripada jumlah itu, lebih 48,000 individu telah kembali ke Maghribi dalam tempoh 48 jam.
00:46Rakamah menunjukkan anggota tentera dan polis Spanyol melakukan rondaan di pantai Tarajal yang hampir kosong dalam keadaan berkabus.
00:53Pasukan pengawal awam Spanyol pula memasang penghadang baharu kira-kira jam 7.50 pagi waktu tempatan di pemecah Ombak Tarajal
01:01yang menjadi antara laluan utama cubaan kemasukan ke wilayah kecil Spanyol berkenaan.
01:06Penghadang neumatik itu direka untuk berada antara 30 hingga 70 cm di atas permukaan air dan memanjang sehingga 1 meter
01:13di bawah permukaan laut.
01:15Kawasan di antara penghadang tersebut dan deriatan boya tentera laut berlabuh akan digunakan bagi membolehkan bot rondaan pengawal awam melakukan
01:23pemantauan.
01:24Krisis kemasukan besar-besaran itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan negara anggota EU.
01:29Sebanyak 22 negara anggota menghantar surat meminta tindakan bersama bagi melindungi sempadan luar blok perkenaan serta melaksanakan langkah tambahan menangani
01:38isu migrasi.
01:39Terima kasih telah menonton!
Comments