Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Polis sedang mengesan seorang lelaki warga asing yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, di sebuah premis perniagaan di Sungai Buloh, Selangor.
Transcript
00:00Polis sedang mengesan seorang lelaki warga asing yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di sebuah premis
00:07perniagaan di Sungai Buloh, Selangor.
00:09Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Muhammad Hafiz Muhammad Nur berkata pihaknya menerima laporan daripada Balai Polis Kampung Baru Subang
00:17berhubung kejadian pada Rabu lepas.
00:18Katanya polis dalam usaha mengesan dan menahan suspek kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 14 Kurungan A Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap
00:28kanak-kanak 2017.
00:30Muhammad Hafiz berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Muhammad Amirul
00:39Amin Syukur melalui talian 013-669-5290 atau Balai Polis Berhampiran.
00:46Sebelum ini, tular di media sosial video memaparkan dua kanak-kanak perempuan dihampiri seorang lelaki di sebuah kedai barangan sebelum
00:55lelaki terbabit dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang daripada kanak-kanak tersebut.
01:02Tindakan lelaki terbabit menimbulkan kemarahan netizen dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku.
01:17Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended