00:00Pekerpimpinan Presiden FIFA Gianni Infantino berdepan kritikan terbuka daripada Badan Pentadbir Bola Sepak Eropah serta Rantau Amerika Utara, Amerika Tengah
00:09dan Karibian,
00:11sesulan kontroversi cadangan melibatkan pelabur swasta dalam kejohanan FIFA.
00:16Kesatuan-persatuan Bola Sepak Eropah UEFA serta Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Amerika Tengah dan Karibian CONCACAF pada Sabtu
00:25mengeluarkan kenyataan yang mengkritik kepimpinan Badan Induk Bola Sepak Dunia itu
00:30selepas Infantino mengumumkan FIFA tidak akan meneruskan cadangan penjualan pegangan dalam pertandingan anjurannya kepada pelabur swasta.
00:41UEFA yang mentakbir Bola Sepak Eropah menyambut baik keputusan menarik-balik cadangan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu kemenangan untuk seluruh
00:49bola sepak.
00:50Dalam masa sama UEFA mendakwa Infantino gagal menunaikan janji yang dibuat ketika berkempen untuk jawatan Presiden FIFA pada tahun 2016
00:58khususnya berhubung ketelusan dan takbir urus organisasi.
01:02Menurut CONCACAF, tindakan unilateral yang dianggap sebagai kelemahan takbir urus itu hanyalah sebahagian daripada corak kesilapan dan tingkah laku yang
01:10berulang dalam kepimpinan semasa FIFA.
01:12Kontroversi berkenaan dijangka meningkatkan tekanan terhadap Infantino yang sedang berusaha mendapatkan mandat penggal keempat sebagai Presiden FIFA pada Kongres FIFA
01:22yang dijadual berlangsung pada Mac depan.
01:24UEFA dalam kenyataannya turut memaklumkan bahawa kepimpinan semasa FIFA bukan sahaja kehilangan kepercayaan badan itu malah turut hilang keyakinan daripada
01:33ramai pihak dalam komuniti bola sepak antarabangsa.
01:35Badan itu turut mengingatkan semula ucapan Infantino ketika kempen pemilihan Presiden FIFA pada 2016 apabila beliau menegaskan kepentingan ketelusan serta
01:45penggunaan dana FIFA untuk pembangunan bola sepak.
01:48Menurut UEFA, cadangan pelaburan yang cuba diperkenalkan FIFA bercanggah dengan prinsip tersebut dan tidak mencerminkan ketelusan yang pernah dijanjikan.
01:57Sementara itu, Konkakaf menegaskan bahawa prinsip accountability tidak boleh dianggap sebagai pilihan dan pihak yang diberi amanah untuk melindungi sukan
02:05itu perlu bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat.
Comments