Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap Institusi Diraja Perlis menerusi media sosial berkaitan penganugerahan pingat kebesaran negeri.
Transcript
00:00Polis menahan seorang lelaki yang disyaki memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap institusi diraja Perlis
00:07melalui media sosial berkaitan penganugerahan pingat kebesaran negeri.
00:11Ketua Polis Perlis, Dato' Muhammad Abdul Halim berkata lelaki berumur 37 tahun itu ditahan petang semalam
00:17sesulan enam laporan polis yang diterima berhubung isu terbabit.
00:22Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Kesiksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
00:31serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun
00:39atau denda hingga RM50,000 jika disabitkan kesalahan.
00:43Tegasnya pihak polis memandang serius perkara itu kerana melibatkan sensitiviti institusi diraja negeri Perlis
00:51dan boleh menimbulkan salah faham serta mengganggu keharmonian masyarakat.
00:55Muhammad berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak di luar batasan,
01:00melanggar mana-mana peruntukan undang-undang sedia ada serta cuba mencetuskan provokasi
01:05atau menggugat keamanan negara.
01:07Pada Jumaat, Ketua Dewan Ulama PAS Perlis Ahmad Adenan Fazil
01:11membuat satu laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook Muhammad Syafiq
01:15yang didakwa memuat naik hantaran berunsur fitnah dan mahina institusi diraja Perlis.
01:21Hantaran tersebut dipercayai berujuk kepada penganugerahan pingat jasa kebaktian PJK
01:26yang diterima Ahmad Adenan berbaru ini
01:29namun pemilik akaun berkenaan didakwa mengeluarkan kenyataan berbunyi
01:32pingat jasa kianat pun dapat.
Comments

Recommended