Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Malaysia Airlines enggan mengulas mengenai penahanan seorang juruterbangnya oleh pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki terlibat dalam kes berkaitan dadah, namun menegaskan syarikat penerbangan itu memandang serius dakwaan sedemikian.
Transcript
00:00Malaysia Airlines enggan mengulas mengenai penahanan seorang juruterbangnya oleh pihak berkuasa Indonesia kerana disyakir terlibat dalam kes berkaitan dadah.
00:09Namun menegaskan syarikat penerbangan itu memandang serius dawaan sedemikian.
00:15Syarikat penerbangan nasional itu dalam penyataan kepada bernama hari ini memaklumkan Malaysia Airlines akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa
00:23berkaitan mengikut semua undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.
00:29Menurutnya memandangkan perkara itu masih dalam siasatan pihak berkuasa Indonesia adalah tidak wajar untuk syarikat penerbangan itu untuk mengulas lebih
00:39lanjut mengenai perkara itu pada peringkat ini.
00:42Malaysia Airlines menegaskan sekali lagi bahawa syarikat tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk salah laku dan kini menjalankan semakan
00:50dalaman berhubung perkara ini menurut kenyataan itu.
00:54Syarikat penerbangan itu turut menegaskan bahawa keselamatan, sekuriti dan integriti operasinya kekal menjadi keutamaan.
01:03Ketua Pengarah Kastam dan Eksais Indonesia di Jakabudi Utama dilaporkan berkata juruterbang itu disiasat di Indonesia kerana disyaki cuba menyeludup
01:13dadah termasuk pil ekstasi bernilai kira-kira RM60 bilion atau bersamaan RM14 juta.
01:21Juruterbang warga Malaysia itu ditahan kerana disyaki cuba menyeludup sejumlah besar dadah termasuk lebih 70,000 pil ekstasi sekitar 25
01:32kilogram ke Indonesia.
01:34Suspek berusia 39 tahun itu dilaporkan menerbangkan pesawat Malaysia Airlines MH727 dari Kuala Lumpur ke Jakarta sebelum ditahan pada Rabu
01:4529 Julai di Terminal 3 lapangan terbang antarabangsa Soekarno, Hatta.
01:51Terima kasih.
01:52Terima kasih.
01:53Terima kasih.
Comments

Recommended