Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kerajaan memilih untuk tidak mengawal harga pengecasan awam kenderaan elektrik (EV), sebaliknya membiarkan kadar caj ditentukan oleh operator bagi menggalakkan pelaburan dan persaingan. Namun ketika penggunaan EV masih di peringkat awal, adakah pendekatan ini mampu memastikan harga kekal berpatutan? Diskusi bersama Penganalisis Industri Automotif, Hezeri Samsuri tentang keseimbangan antara menarik pelaburan, melindungi pengguna dan membina ekosistem EV yang mampan untuk jangka panjang.
Transcript
00:00Selama ini kita mengukur kejayaan industri EV melalui jumlah sesin pengecas yang berjaya di Binal.
00:05Namun apabila semakin ramai rakyat beralih kepada EV, persoalan sebenar mungkin bukan lagi berapa banyak pengecas yang ada tetapi berapa
00:13kos untuk menggunakannya.
00:14Apabila penentuan harga diserahkan kepada operator, adakah persaingan sahaja cukup untuk memastikan charge kekal berpatutan
00:21atau sudah tiba masanya Malaysia mula memikirkan keseimbangan antara menarik pelaburan dan melindungi pengguna.
00:27Bersama kami untuk faham tentang perkara ini adalah Hizri Samsuri, penanalisis industri otomotif.
00:32Terima kasih Hizri. Pertama sekali kita akan tanyakan, adakah kerajaan terlalu awal untuk membiarkan pasaran menentukan harga
00:40sedangkan penggunaan EV di Malaysia masih kecil dan pengguna belum mempunyai banyak pilihan?
00:46Pada pendapat saya, buat masa sekarang ini di mana kita nak menarik ramai lagi pemain CPO ataupun charge point operator
00:54ini
00:54saya rasa kerajaan tidak patut untuk menentukan harga, pihak pasaran yang menentukan harga supaya mereka lebih kompetitif.
01:04Sebabnya ialah walaupun memang benar punca elektrik datang daripada sumber yang sama tetapi kos dia berbeza.
01:11contohnya operator yang dia, macam mana kita nak cakap ya, untuk buat pusat pengecas ni kos dia berbeza, dia prestasi
01:20minyak
01:20disebabkan juga ada beberapa lagi kos berbeza contohnya lokasi dan juga software.
01:28so dia memang yang orang kata apa, satu industri yang cukup berbeza dan kos sewa lokasi sekarang ni antara cabaran
01:37dia
01:37dan juga kos untuk menyediakan prasarana. Contohnya daripada grid ke lokasi pengecas, di sini kita boleh lihat lah kos itu
01:49boleh jadi cukup besar.
01:50so saya rasa kawalan harga akan mengekang pertumbuhan pusat-pusat pengecas inilah.
01:58Namun adakah persaingan sahaja cukup untuk memastikan harga itu kekal berpatutan?
02:03tapi bagaimana pula dengan kawasan tertentu yang mungkin hanya mempunyai satu operator?
02:08ok, saya memang menyokong bahawa harga tidak patut dikawal oleh pihak kerajaan sekarang ini
02:14biar ia lebih kompetitif. Tetapi lokasi itu pada pendapat saya harus dilihat kembali
02:21kerana kita tidak mahu satu tempat itu tumpuan semua charging operator
02:27bermakna tempat itu dia jadi banyak sangat tempat yang apa orang kata banyak charger
02:32tetapi tempat lain kurang. So di sini perlu ada pelan tindakan daripada pihak kerajaan
02:37supaya pertumbuhan charger ini sekata di setiap pelusuk negara lah
02:43yang itu apa yang dilakukan oleh negara maju. Dalam dunia ini saya tengok
02:47negara yang paling maju dan paling matang bila kita cerita tentang jaringan pengecas
02:53ialah di Belanda sebenarnya. Negara lain kita tengok memang ada
02:58China memang banyak tetapi banyak pengecas mereka kosong kerana realitinya
03:02ramai pengguna EV masih lagi mengecas kenderaan mereka di rumah
03:06baik itu adalah antara realitinya dan jika harga pengecasan awam dalam realitinya
03:13terus meningkat mengikut penimbangan komersial operator
03:16adakah kelebihan kos memiliki EV berbanding kereta petrol akan semakin mengecil?
03:23Yang ini sebenarnya kita dah nampak dah sedikit perubahan daripada segi penerimaan pengguna
03:29di mana harga bahan api sekarang ini sudah meningkat mengikut harga pasaran global
03:34jadi elektrik ini sepatutnya dalam apa jua situasi pun ia lebih rendah harganya
03:41berbanding dengan petrol ataupun diesel kerana sumber elektrik boleh datang
03:47daripada sumber yang mampan. Walaupun di Malaysia kita belum lagi capai
03:51tahap status itu tetapi kita mempunyai pilihan. Kita ada cara untuk menghasilkan
03:57elektrik secara yang lebih mampan. Jadi satu lagi yang kita perlu fikirkan
04:03ialah bila kita dah mula, bila Malaysia mula mengenakan cukai berdasarkan
04:07pelepasan karbon. Di mana di sini untuk pengguna kita dah tak ada tailpipe emission
04:13kenderaan itu sendiri tidak menghasilkan karbon. Yang akan menghasilkan karbon
04:17ialah kilang pemasangan. So fokus akan beralih ke sana. So semua ini akan menjadi
04:22insentif untuk pengguna bertukar kepada EV. Dan bila ada banyak lagi EV
04:28contohnya macam di Norway, 90% penjualan kenderaan baru ialah kenderaan EV.
04:34So bila kita dah ada banyak kenderaan EV di atas jalan raya, industri pengecas ini
04:39akan jadi lebih besar, lebih kompetitif dan di situ mungkin kena ada sedikit
04:45kawalan. Tetapi yang paling saya risaukan sekarang ialah pembinaan
04:50infrastruktur. Di mana jaringan bekalan elektrik kita tidak begitu lengkap lagi.
04:58Mungkin kita akan kata tempat ini sesuai untuk letak pengecas tetapi sekiranya
05:03bekalan elektrik tidak mencukupi, kos itu untuk menyalurkan elektrik daripada grid
05:08utama ke lokasi harus ditanggung oleh operator pengecas. Yang itu tu kos dia tinggi
05:16dan yang itu tu saya rasa perlu diperhalusi lagi kerana kita bercerita tentang
05:21satu agensi yang memonopolikan industri itu, TNB lah. Dia monopoli untuk buat elektrik.
05:28Dia sendiri ada charger. So yang itu tu saya rasa satu hari nanti kita kena kaji balik
05:33bagaimana untuk memudahkan lagi operator pengecas membuka pengecas dan
05:39merendahkan kos mereka.
05:41Dan apa yang Hazri kata kan apabila kita lebih besar ekosistem beli matang
05:45daripada segi infrastruktur, policy dan penggunaan sebagainya mungkin ada sedikit
05:49kawal, perlu ada sedikit kawal selia dan mungkin persaingan memang sehat pada
05:53peringkat awal namun apabila pasaran semakin matang dan semakin besar, semakin
05:58kapasiti, keupayaan kita semakin meningkat untuk kita tampung. Adakah Malaysia berisiko?
06:03melihat beberapa pemain besar menguasai rangkaian pengecasan sehingga
06:07mereka mempunyai kuasa untuk menentukan harga. Bagaimana pula dengan situasi yang
06:11ini?
06:12Oh yang itu tu memang saya rasa itulah game dia pun. Sebab sekarang ini pun kita
06:17boleh nampak ada dua kuasa besar di dalam permainan ini, di dalam game
06:21inilah eh. Kita ada centari daripada Petronas dan kita ada TNB sendiri. So
06:26inilah dua gerkasi besar. Saya rasa sekarang ini sekiranya saya menjadi
06:30CPO ataupun operator pengecas ni, saya rasa satu hari nanti saya, apa yang saya
06:36nak buat ialah saya akan cok tempat yang lokasi yang menarik dan kemudian my main
06:41target untuk jual benda-benda ni balik ke gegasi-gegasi itulah. Sebab ada
06:47bagus dia. Satu, kalau gegasi-gegasi ini milik negara, keuntungan dia akan pulang
06:52balik kepada rakyat. Dua, bila kita dah, orang kata apa, bila kurangnya operator tu
06:58lebih mudah untuk kita, untuk kita kawal, untuk kerajaan kawal. Kawal ni
07:03bukannya kawal daripada segi pengembangan dia ke apa, tidak. Kawal lebih kepada
07:07sekiranya ada yang buat, orang kata apa, keuntungan yang lebih dan melampau. So
07:13lebih mudah. Contohnya satu lagi yang kita perlu kawal ialah sistem itu sendiri.
07:18Sekarang ini kita ada banyak aplikasi pintar yang perlu kita gunakan untuk
07:22menge-charge kenderaan kita. So pihak kerajaan boleh hasilkan satu
07:27aplikasi super app di mana ada satu app sahaja untuk kita gunakan untuk
07:32orang kata apa, gunakan penge-charge-penge-charge ini. Kerana kita
07:36sendiri pun sebagai pengguna risau, software atau aplikasi-aplikasi ini
07:40akan menggunakan informasi kita sendiri. Kita charge kenderaan itu, tiba-tiba
07:46agensi-agensi insurance pun telefon ataupun teks kita untuk jual
07:50insurance. Benda-benda macam ni lah. Isu-isu PDPA ni pun antara benda
07:54yang kami risaukan juga. So ya pada pendapat saya satu hari nanti memang
07:58hanya gergasi-gergasi sahaja yang akan mengawal industri ini tetapi ada
08:01bagusnya juga dan saya sangat menyokong sekiranya GLC ataupun
08:05inisiasi kerajaan sendiri yang turun padang supaya keuntungan itu datang
08:10balik kepada kita untuk menghasilkan untuk menyediakan infrastruktur yang
08:14lebih baik. Setiap perkara yang kita ingin lokasikan akan bergantung kepada
08:18bagaimanakah ia tumbuh dan bagaimanakah ia akan dilaksanakan
08:22bergerak ke hadapan. Sekarang ni kita sering cakap berapa banyak
08:27pengecas yang berjaya dipasang namun bergerak ke hadapan pada masa
08:31hadapan 5 hingga 10 tahun dari sekarang. Apa sepatutnya menjadi
08:34penanda arah sebenar yang akan tentukan sama ada strategi
08:37pembangunan industri pengecas EV Malaysia ni benar-benar berjaya.
08:40Jumlah stesen, harga yang berpatutan, pengalaman pengguna
08:44experience ataupun keyakinan pelabur semakin banyak pelaburan yang
08:47masuk. Bagaimana Henry?
08:50Yang ini lebih kepada situasi chicken and egg lah.
08:53Sebabnya ialah untuk menghasilkan untuk membuat lebih banyak
08:56pusat pengecas kita kena ada lebih banyak EV.
08:59So sekarang ni kita boleh nampak permintaan EV lebih meningkat.
09:03Dan macam saya cakap tadi tuan, pengguna EV kebanyakannya
09:06menggunakan pengecas mereka sendiri di rumah.
09:08So buat masa sekarang ni saya rasa EV, industri EV lebih
09:12menyasarkan pasaran untuk kenderaan kedua ataupun ketiga.
09:16Maknanya kereta utama mereka mungkin lagi menggunakan petrol
09:19atau diesel tetapi kereta-kereta kedua mereka mungkin
09:21sudah boleh menggunakan EV.
09:23Harga pun perlu di fokuskan kepada pasaran tersebut.
09:28Dan pada pendapat saya untuk setahu dia berjaya ke tidak
09:33masih jauh lagi kerana teknologi sendiri masih lagi belum
09:38begitu matang. Sekiranya kita lihat secara logik ya untuk isi
09:43minyak petrol ataupun diesel hanya memerlukan lima minit
09:45sahaja tetapi untuk mengecas masih lagi memerlukan
09:48dua puluh minit, tiga puluh minit. Yang ini ni memang sedikit
09:52sukar lah sebab takkan cukup pengecas kalau kita nak sampai
09:56tahap kematangan stesen minyak ni. Jadi pada pendapat saya yang
10:01penting sekarang ni ialah pemilihan lokasi. Malaysia
10:04bukannya sebuah negara yang besar terutama Senanjung
10:07Malaysia tak cukup besar bermakna jaringan pengecas itu
10:10perlu dilakukan dengan cukup bijak supaya ke mana tempat
10:15lokasi utama kita sudah ada. Dan yang kedua ialah pengecas
10:19pengecas kecil iaitu AC. Kita juga nak lihat di mana tiang-tiang
10:24elektrik mungkin ada soket untuk kita charge kenderaan. Untuk
10:30tanda aras dia ialah bila kita lihat pengecas ini ada
10:33banyak supaya pengguna akan rasa sedap hati dan yakin untuk
10:38membeli. Untuk menggunakan itu second story lah sebab macam
10:42saya cakap kebanyakan negara EV user dia memang charge dekat
10:46rumah sebab lebih mudah.
10:49Jelas daripada perbincangan kita membina lebih banyak
10:52sistem pengecas hanyalah langkah pertama. Kejayaan sebenar
10:55industri EV ini bergantung kepada kupat yang Malaysia untuk
10:57bina ekosistem yang lebih seimbang. Harga yang berpatutan
11:02kepada pengguna, pulangan yang mampan kepada pelabur dan
11:04rangkaiannya yang terus berkembang. Sekali lagi saya nak
11:06ucapkan terima kasih kepada terutama kita Hezri Samsuri
11:09penganalisis industri otomotif atas pandangan yang sangat
11:12bernilai ini dan sudah tentu akan kami rangkumkan dalam
11:15astronomy.com dan di semua platform digital Astro One.
Comments

Recommended