00:00Baik, Rabu 8 malam 29 Julai 2026, tarikh yang mana akhirnya laporan Suranjaya Siasatan Diraja atau RCI Tabung Haji yang
00:09diterbitkan dapatannya mengejutkan.
00:12Pertama, RCI itu mendapati wujud langkah perakaunan kreatif berlaku yang mana Tabung Haji sepatutnya merekodkan kerugian RM1.4 bilion dan
00:19bukannya keuntungan RM3.4 bilion pada tahun kewangan 2017 seperti dilaporkan badan itu.
00:25Malah RCI turut dapati beberapa keputusan penting institusi itu termasuk melibatkan hibah bayaran haji dan subsidi haji dipengaruhi unsur politik.
00:34Pada tahun kewangan sama, ahli lembaga pengarah dan pengurusan TH Properties sedang berhak menerima bonus berjumlah RM1.148 juta dibayar
00:43kepada lembaga pengarah Tabung Haji Properties bagi tahun 2017, manakala RM1.045 juta lagi dibayar pada 2018.
00:55Menurut laporan setebal 200 muka surat berkenaan, penemuan berkaitan masalah pelaporan kewangan itu dibuat selepas semakan kewangan PricewaterhouseCoopers atau PwC
01:05terhadap kedudukan Tabung Haji bagi tempoh 2014 hingga 2017.
01:10RCI mendapati beberapa rosut nilai pelaburan tidak direkodkan sepenuhnya selain hibah diisytiharkan tanpa mengambil kira sepenuhnya kejatuhan nilai aset.
01:21Malah suruhan jaya berpandangan, kedudukan kewangan Tabung Haji sudah berada dalam keadaan kritikal menjelang tahun kewangan 2017.
01:28RCI turut menegaskan, pembayaran hibah yang tinggi antara 2014 hingga 2017 menjadi antara faktor yang menyumbang kepada krisis kewangan institusi
01:39itu.
01:40Untuk masalah pemberian bonus pula, RCI berkata pembayaran berkenaan dibuat walaupun terdapat isu pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan sekaligus menimbulkan
01:50persoalan mengenai proses kelulusan dan takbir urus syarikat berkenaan.
01:54Sehubungan itu, suruhan jaya mengesyorkan usaha diambil bagi mendapatkan semula bonus RM2.19 juta berkenaan memandangkan pembayaran tersebut dirapati tidak
02:05mematuhi peraturan yang berkuatkuasa.
02:08Pada masa sama, RCI turut menegur amalan pemberian bonus yang tinggi dalam kalangan kakitangan TH ketika institusi itu berdepan tekanan
02:16kewangan.
02:17Menurut laporan itu, kalangan TH menerima bonus antara 2 hingga 13 bulan gaji sepanjang tempoh tertentu antara 2010 hingga 2017
02:27dengan jumlah peruntukan bonus bagi tahun 2014 sahaja mencecah RM74 juta.
02:35RCI berpandangan amalan sedemikian tidak wajar diteruskan memandangkan kedudukan kewangan sebenar TH ketika itu berdepan pelbagai cabaran termasuk isu defisit
02:46aset dan liability serta penurunan nilai beberapa pelaburan.
02:50Menurut Suruhanjaya, amalan pemberian bonus yang terlalu tinggi kepada kakitangan perlu dihentikan bagi memastikan pengurusan kewangan TH dilaksanakan secara lebih
03:02berkhidmat dan selari dengan kemampuan sebenar institusi berkenaan.
03:08Dalam pada itu, RCI tabung haji mendapati beberapa keputusan penting institusi itu termasuk melibatkan hibah, bayaran haji dan subsidi haji
03:16dipengaruhi unsur politik.
03:19RCI turut berpandangan Jabatan Audit Negara sepatutnya mengambil tindakan lebih tegas terhadap isu kewangan yang dibangkitkan dalam pedik tabung haji
03:29bagi tahun 2017.
03:31Menurut laporan RCI, penglibatan ahli politik dalam pengurusan tabung haji telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat serta menjejaskan kredibiliti institusi
03:42itu.
03:42Sehubungan itu, RCI mengesyurkan ahli politik aktif tidak lagi dilantik sebagai pengerusi atau anggota lembaga tabung haji serta anak-anak
03:53syarikatnya.
03:54RCI berkata walaupun beberapa isu penting dibangkitkan dalam laporan audit, tabung haji masih menerima sijil audit bersih.
04:02Menurut suruhan jaya tanpa sijil audit bersih itu, tabung haji tidak sepatutnya mengisytiharkan hibah tahunan sebanyak 4.5% dan
04:12hibah haji 1.75% yang melibatkan pembayaran kira-kira 2.75 bilion ringgit pada tahun berkenaan.
04:21Bagi mengelakkan perkara sama berulang, RCI mengesyurkan reformasi tabik urus termasuk pelantikan anggota lembaga berdasarkan kelayakan profesional serta pengurusan dana
04:32dan pelaburan yang bebas daripada pengaruh politik.
04:36Dalam pada itu, RCI berkenaan turut memberi amaran kos subsidi haji yang ditanggung tabung haji dijangka meningkat dengan ketara jika
04:43model semasa dikekalkan.
04:45Laporan itu menunjukkan jumlah subsidi haji yang ditanggung tabung haji meningkat daripada RM106 juta pada 2014 kepada RM300 juta pada
04:562019.
04:57RCI berkata peningkatan kos haji dan bantuan kewangan kepada jemaah akan terus memberi tekanan kepada kedudukan kewangan tabung haji.
05:05Menurut Suruhanjaya, subsidi yang semakin meningkat berpotensi mengurangkan kadar hibah kepada pendeposit selain meningkatkan keberkantungan institus itu kepada deposit yang
05:17besar.
05:18Sehubungan itu, RCI mencadangkan bantuan haji diberikan secara lebih bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
05:24Menurut Suruhanjaya itu, kos bantuan kewangan haji boleh mencecah lebih RM742 juta setahun menjelang 2030.
Comments