Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Harga minyak Brent dan WTI meningkat lebih tujuh peratus selepas Presiden AS Donald Trump memberi amaran tindak balas tegas terhadap cubaan serangan Iran ke atas tentera Amerika Syarikat di Asia Barat. Pasaran turut bimbang terhadap keselamatan bekalan minyak global.
Transcript
00:00Harga minyak dunia melonjak lebih 7% selepas ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran kembali memuncak.
00:08Kenaikan itu berlaku selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi amaran bahawa Washington akan bertindak tegas terhadap sebarang serangan Iran
00:16ke atas tenteranya di rantau Asia Barat.
00:21Penanda aras minyak mentah brand meningkat kepada sekitar $90 yang mereka setor.
00:26Manakala minyak mentah West Texas Intermediate WTI, Amerika Syarikat naik kepada kira-kira $84.60 setor.
00:35Trump berkata Iran akan berdepan tindak balas keras selepas skor pengawal revolusi Islam IRGC didakwa melancarkan serangan peluru berpandu balistik
00:43yang menyasarkan tentera Amerika.
00:46Menurut pemerintah pusat Amerika Syarikat, Sankom, peluru berpandu tersebut berjaya dipintas sebelum mengenai sasaran.
00:54Laporan menyebut serangan itu menyasarkan sebuah pangkalan tentera Amerika di Jordan.
01:00Selain itu, kebimbangan terhadap bekalan tenaga turut meningkat berikutan siri serangan oleh kumpulan yang disokong Iran termasuk serangan drone ke
01:08atas kemudahan minyak di wilayah Timur Arab Saudi.
01:11Pelabur juga terus memantau risiko keselamatan terhadap laluan strategi perkepala di Selahormus dan Laut Merah yang merupakan antara laluan utama
01:21perdagangan minyak dunia.
01:23Penganalisis menjangkakan harga minyak akan terus kekal tidak menentu selagi ketegangan geopoliti di Asia Barat masih berlarutan dan berpotensi mengganggu
01:32bekalan tenaga global.
01:35selanjutnya.
01:37Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended