Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Sebuah kapal simpanan gas milik Amerika Syarikat, Energos Winter, dilaporkan terbakar di Pelabuhan Damietta, Mesir. Syarikat keselamatan maritim Britain menyifatkan serangan dron sebagai punca yang berkemungkinan menyebabkan insiden tersebut.
Transcript
00:00Dalam pada itu, sebuah kapal simpanan gas milik Amerika Syarikat dilaporkan terbakar di pelabuhan Damietta di pesisi Mediterranean, Mesir dalam
00:09insiden yang disyaki berpunca daripada serangan drone.
00:12Syarikat Keselamatan Maritim Britain dalam penilaian awalnya berkata, sebuah drone dipercayai mengenai kapal simpanan gas terapung yang dimiliki syarikat Amerika
00:22Syarikat.
00:24Menurut beberapa sumber perdagangan dan keselamatan, impak tersebut mencetuskan kebakaran yang kemudian merebak ke sebuah lagi kapal gas.
00:33Kumpulan pengurusan risiko Maritim Britain, Vanguard, telah melaporkan bahawa Energia Swinter dipercayai terkena objek tidak dikenali pada bahagian kanan kapal
00:42sebelum menyebabkan kebakaran.
00:44Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan tidak lama kemudian.
00:48Dalam kenyataan berasingan, Kementerian Petroleum, Mesir mengesahkan berlaku kebakaran di pelabuhan berkenaan, namun tidak menyebut mengenai kemungkinan serangan drone atau
00:57punca sebenar insiden.
00:59Syarikat Perkhidmatan Pelabuhan, Inchcape pula memaklumkan dua kapal gas terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut.
01:06Setakat ini, pihak berkuasa belum mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan.
01:11Kejadian itu berlaku hanya beberapa jam selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu terhadap tentera AS di Jordan,
01:19serta operasi ketenteraan bersama AS dan Arab Saudi terhadap kumpulan bersenjata yang disokong Iran di Iraq.
01:26Terima kasih telah menonton!
01:29Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended