00:00Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim menggesa rakyat supaya tidak terjebak dalam perbalahan yang melibatkan sentimen kaum.
00:07Sebaliknya beliau yang juga pengerusi Pakatan Harapan berkata, rakyat Malaysia perlu bekerjasama sebagai satu pasukan demi kemajuan negara.
00:53Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah Grand Finale Kekal Harapan Negeri Sembilan Dunlabu di Nisabah.
01:01Dalam pada itu Anwar merayu kepada pengundi supaya terus memberikan mandat kepada PH pada pilihan raya negeri PRN Negeri Sembilan
01:08ke-16 untuk mentadbir kerajaan negeri bagi memastikan pentadbiran dan pembangunan dapat diteruskan.
01:15Saya datang sebenarnya nak merayu supaya kerajaan boleh jalan baik, supaya Negeri Sembilan jadi kuat.
01:23Amin ni, saya fikir nak cari, nak kata dia sempurna dah, dia ada juga kelemahan dia, seperti saya.
01:31Tetapi bersih, rajin kerja, subuh pergi menjemaah, eh baguslah.
01:41Negeri Sembilan membangun.
01:45Selesai masalah dah juga, bagilah dia sambung kerana dia jalankan kerja dengan baik. Ini sahaja saya rayu bila, sustar.
01:54Kerana kuat Amin ni, kuatlah PMX, kuat Negeri Sembilan, kuat Kerajaan Persekutuan.
02:03PRN kali ini menyaksikan PH meletakkan calon di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri, DUN.
02:10Pada Sabtu ini, seramai lebih 860 ribu pemilih di Negeri Sembilan akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baru.
Comments