Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Seorang lelaki berusia 34 tahun ditemukan maut dalam sebuah tangki air ketika menjalankan kerja mengimpal di MRSM Parit, Perak.

Mangsa dipercayai terjatuh ketika melakukan kerja penyelenggaraan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Transcript
00:00Seorang lelaki ditemui maut dalam sebuah tangki air ketika menjalankan kerja-kerja kimpalan di Maktab Rendah Sains Mara, MRSM Parit
00:07pada selasa.
00:09Penolong pengarah bahagian operasi Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM, Perak, Sabah Rodzi Nur Ahmad berkata,
00:17pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.46 minit petang.
00:23Katanya mangsa dikenali sebagai Muhammad Nazrin Yaakob, 34 tahun, dipercayai terjatuh ke dalam tangki air ketika mengimpal tangga di bahagian
00:32dalam tangki berkenaan.
00:34Anggota Bomber kemudian menjalankan operasi penyelamat dengan memasuki tangki dan menggunakan tali penyelamat untuk membawa mangsa keluar.
00:41Bagaimanapun, pegawai Kementerian Kesihatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.
00:47Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
00:53Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended