Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Oman dilaporkan mencadangkan penubuhan sebuah konsortium serantau melibatkan Iran dan negara-negara Teluk bagi mengambil alih pengurusan trafik maritim serta keselamatan kapal yang melalui Selat Hormuz.
Transcript
00:00Oman mencadangkan penubuhan sebuah konsortium serantau yang melibatkan Iran dan negara-negara teluk bagi menguruskan trafik maritim serta keselamatan kapal
00:10di Selat Hormuz.
00:11Ia sebagai usaha mewujudkan mekanisme baru bagi laluan perkapalan strategi itu.
00:17Cadangan berkenaan dikemukakan dalam beberapa pusingan rundingan yang diadakan antara Oman dan Iran di Teheran pada Jumaat dan Sabtu.
00:26Menurut laporan media, di bawah cadangan itu, Selat Hormuz akan kekal bebas tul.
00:31Bagaimanapun, kapal yang melalui laluan perkenaan dicadang membayar yuran perkhidmatan secara sukarela bagi menyokong usaha perlindungan alam sekitar.
00:40Oman turut mencadangkan tiga laluan pelayaran iaitu melalui perairan wilayah Iran, laluan perairan terbangsa dan perairan wilayah Oman.
00:48Sekiranya cadangan itu dipersetujui, Iran dijangka mengambil tanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pembersihan periuk api, khususnya di laluan perairan antarabangsa.
00:58Bagaimanapun, pasukan perunding teknikal kedua-dua pihak dilaporkan masih belum memutamatkan butiran cadangan tersebut.
01:05Terima kasih kerana menonton!

Recommended