Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Aktiviti perlombongan didapati diperluaskan ke luar kawasan yang diluluskan walaupun syarikat memiliki permit sah.
Transcript
00:00Pasukan Gerakan Am PGA menahan enam lelaki serta merampas 360 tan biji busi, lima kenderaan dan sebuah jendera berat bernilai
00:09keseluruhan 2.9 juta ringgit dalam ops bersepadu hazanah di Kuala Kerai pada Rabu.
00:15Komodir Brigade Tenggara PGA Senior Assistant Commissioner Ahmad Razie Hussain berkata, serbuan di sebuah kawasan perlombongan di Mukim Kuala Nal
00:25itu dijalankan pada jam 1 tengah hari.
00:30Operasi dilaksanakan anggota risik Batalion 8 PGA Pengkalan Cepa dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian PTG Negeri Kelantan berdasarkan maklumat
00:40risikan.
00:41Menurutnya sebuah jendera pengorek ditemukan sedang memindahkan biji besi ke dalam empat motor trailer ketika pemeriksaan dilakukan sebelum operasi berkenaan
00:50dihentikan.
00:516 lelaki berusia antara 31 hingga 63 tahun terdiri daripada seorang penjaga kawasan, seorang pemandu jendera pengorek dan empat pemandu
01:02motor trailer ditahan bagi membantu siasatan.
01:05Hasil semakan mendapati syarikat berkenaan memiliki permit perlombongan yang masih sah sehingga 13 November 2026.
01:14Namun, pemeriksaan lanjut oleh PTG mengesahkan aktiviti perlombongan dipeluaskan ke luar kawasan yang diluluskan di bawah syarat lesin.
01:22Ahmad Razi berkata rampasan melibatkan sebuah jendera pengorek Hyundai, empat motor trailer Volvo pelbagai nombor pendaftaran serta 360 ton biji
01:32besi.
01:33Kesemua suspek dan barang kes diserahkan kepada PTG Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 158 Enakmen Mineral 2001.
01:44Siasatan turut mendapati biji besi yang dilombong dipercayai dihantar ke sebuah kilang pemprosesan di Kuantan, Pahang.
01:52Beliau berkata PGA akan meneruskan risikan dan pemantauan bagi mengesan sebarang pelanggaran syarat lesin serta membanteras aktiviti perlombongan haram di
02:02Kelantan.

Recommended