Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Menurut Datuk Mohamad Rafie, keyakinan itu susulan sambutan positif diterima daripada pengundi sepanjang tempoh berkempen yang kini memasuki hari kelapan selain keberkesanan jentera di lapangan.
Transcript
00:00Calon Perikatan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri Ampangan, Dato' Muhammad Rafi Abdul Malik berkata,
00:06beliau berdepan pilihan raya negeri PRN Negeri 9 ke 16 dalam zon paling selesa sepanjang kerjaya politiknya.
00:13Menurut beliau, keyakinan itu susulan sambutan positif diterima daripada pengundi sepanjang tempoh berkempen selain keberkesanan jentera di lapangan.
00:23Saya telah masuk dalam arena pilihan raya ini agak lama.
00:27Ini buat kali pertama yang saya merasakan keadaan cukup selesa dan saya juga melihat kerjasama petugas-petugas jentera yang bersama
00:40dengan saya cukup efektif dan berkesan.
00:46Dan saya juga merasa selesa dengan sambutan yang diberi oleh masyarakat secara jujur.
00:53Ini saya berkeyakinan bahawa rakyat ataupun warga ampangan cukup matang, cukup bijaksana.
01:07Mereka boleh menilai siapakah yang terbaik untuk memimpin mereka untuk tempoh lima tahun yang akan datang.
01:15Menurut Muhammad Rafi, sekiranya diberi mandat, beliau mahu meneruskan agenda pembangunan yang pernah dirancang ketika menjadi wakil rakyat kawasan itu.
01:24Antara aspirasi pembangunan ialah penyediaan kemudahan rekreasi di sepanjang sungai ampangan yang boleh dijadikan lokasi riadah serta tapak penganjuran pasar
01:33tani dan pasar malam.
01:34Kita ada juga yang mereka meniaga di benteng ampangan, di gerai makan yang ada sekitar 70 lot tapi agak sepi
01:44yang kalau kita masuk seolah-olah macam tidak ada perniagaan.
01:48Yang perlu, harus dilihat bagaimana untuk diperbetulkan semula untuk menjadikan ianya lebih meriah, lebih dinamik di segi perniagaannya.
02:00Yang sekarang ini dianggap sangat muram. Begitu juga tempat-tempat yang lain seperti gerai-gerai di penghulu cantik yang saya
02:10fikir dan juga yang menjaja, yang meniaga kecil-kecilan nasib mereka ini.
02:17Harus kita lihat bagaimana untuk kita pertingkatkan supaya mereka boleh membesarkan perniagaan mereka dengan pendapatan yang lebih baik.
02:27Mohd Raffi turut bertekad melengkapkan kemudahan infrastruktur asas seperti jaringan jalan raya bagi mengatasi kesesakan trafik.
02:35Pada pilihan raya umum tahun 2018, Mohd Raffi memenangi kerusi Dun Ampangan atas tiket Pakatan Harapan dengan majoriti 1,360
02:43undi.
02:45Dalam PRN 2023, beliau bertanding sebagai calon bebas selepas tidak lagi bersama PKR dan memperoleh 3,079 undi.
02:52Kerusi itu dimenangi calon PH Datuk Hajah Tengku Zamrah Tengku Sulaiman dengan majoriti tipis 329 undi.
03:01Bagi PRN 2026, Raffi kembali bertanding sebagai calon PN daripada PAS dalam saingan tiga penjuru menentang calon PH Datuk Muhammad
03:10Nazri Qasim dan calon bersatu Nur Azharun.
03:13Terima kasih telah menonton!

Recommended