00:00Kerajaan tidak menetapkan sebarang mekanisme kawalan harga bagi perkhidmatan pengecasan kenderaan elektrik EV awam.
00:08Sebaliknya, kadar caj ditentukan oleh pengendali stesen pengecas berdasarkan pertimbangan komersil masing-masing.
00:17Menurut Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri MITI,
00:21perdekatan tersebut bertujuan mengalakkan penyataan pelaburan sektor swasta dan mewujudkan persaingan yang sihat dalam penyediaan perkhidmatan pengecasan EV.
00:30Tambah MITI, sehingga 31 Mei 2026, sebanyak 6,416 unit pengecas EV awam telah dipasang di seluruh negara.
00:39Ia terdiri daripada 2,143 unit pengecas pantas arus terus dan 4,273 unit pengecas arus ulang-alik.
00:47Jelas MITI, daripada jumlah keseluruhan pengecas EV awam yang telah dipasang di Malaysia,
00:52sebanyak 6,176 unit melibatkan semenanjung Malaysia, manakala 208 unit di Sarawak dan 32 unit lagi di Sabah.
01:01MITI menambah, kerajaan akan terus memastikan pembangunan rangkaian pengecasan EV dilaksanakan secara selamat, teratur dan berdaya saing melalui kerangka kawal
01:10selia yang komprehensif.
01:12Kerajaan akan terus memastikan pembangunan rangkaian pengecas yang telah dipasang di Malaysia.