00:00Projek monorail Putrajaya yang terbengkalai sejak 2004 didapati tidak berdaya maju untuk diteruskan.
00:08Ia berdasarkan keadaan infrastruktur rail sedia ada, termasuk terowong bawah tanah yang sudah lama terbiar.
00:16Perkara dimaklumkan Kementerian Pengangkutan MOT dalam jawapan bertulis disiarkan menerusi laman web parlimen pada selasa.
00:26Jelas Kementerian itu dapatan tersebut hasil kajian pengangkutan awam di Putrajaya, Saiberjaya, Bangi dan Kajang yang turut menilai keboleh laksanaan
00:36sistem monorail berkenaan.
00:39MOT menambah ia memerlukan kajian lanjut terperinci seperti ujian integriti struktur untuk mengenalpasti keadaan sebenar struktur yang sudah lama terbengkalai.
00:48Sebagai alternatif, Kementerian itu memaklumkan perkhidmatan bas Nadi Putra kini membabitkan 7 laluan dengan 26 bas dan merekodkan purata 2
00:57,246 penumpang pada hari bekerja.
01:00Perkhidmatan bas perantara pula merangkumi 2 laluan dengan 8 bas dan purata 1,173 penumpang.
01:08Manakala Rapid On Demand membabitkan 3 laluan dengan 9 van serta purata 315 penumpang pada hari bekerja.
01:16Penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan ini bertujuan meningkatkan aksesibiliti dan ketersambungan pengangkutan awam di Putrajaya melalui penyelesaian mobiliti yang lebih fleksibel serta
01:27menyeluruh.
01:29MOT menjawab soalan Ahli Dewan Negara Datuk Muhammad Rizwan Osman semada Kementerian mempunyai perancangan meneruskan semula projek monorail Putrajaya yang
01:37terbengkalai dengan memperluaskan rangkaiannya bagi menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya.