Skip to playerSkip to main content
  • 22 hours ago
Kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan penggunaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi pembayaran kod respons pantas (QR) di Pasar Tamu dan Pasar Tani dan keputusan mengenainya dijangka diumumkan dalam Belanjawan 2027 jika didapati mampan.
Transcript
00:00Kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan penggunaan sumbangan asas Rahmah Sara menerusi pembayaran kod respons pantas QR di pasar tamu dan pasar
00:11tani dan keputusan mengenainya dijangka diumumkan dalam belanjawan 2027 jika didapati mampan.
00:18Kementerian Kewangan MOF memaklumkan, kerajaan telah meningkatkan penglibatan kedai runcit kecil sebagai rakan niaga Sara kepada lebih 6,000 premis.
00:29Selain itu, jumlah keseluruhan rakan niaga Sara telah mencecah lebih 13,700 kedai di seluruh negara setakat 15 Julai 2026
00:38berbanding 700 buah kedai pada 2024.
00:41Manakala terdapat 140,000 produk atau barangan yang boleh diperolehi di bawah pelaksanaan Sara.
00:47Jika rakan niaga Sara berkenaan turut terlibat sebagai peniaga di pasar tamu-pasar tani, penerima Sara boleh menggunakan kredit Sara
00:55berkenaan bagi pembelian kategori barangan Sara sahaja.
00:59Namun, bagi keseluruhan penggunaan Sara melalui kaedah pembayaran kod QR di pasar tamu-pasar tani, ianya masih dalam peringkat kajian
01:07dan penelitian oleh kerajaan.
01:10MOF berkata, sekiranya didapati mampan, ini akan diumumkan dalam belanjawan 2027 kelak.
01:17MOF berkata demikian menerusi jawapan bertulis Dewan Negara yang disiarkan di laman sesawang parlimen pada ISNED.
01:24Kenyataan itu sebagai menjawab soalan Senator Larry Anak Asap mengenai peluasan skop perbelanjaan Sara di pasar tamu bagi memberikan manfaat
01:32kepada golongan penjaja dan peniaga kecil.
Comments

Recommended