Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Seorang pegawai khidmat pelanggan didakwa di Mahkamah majistret Johor Bahru atas pertuduhan membunuh bayi lelakinya berusia 18 bulan, tiga tahun lalu.
Transcript
00:00Seorang pegawai khidmat pelanggan didakwa di Mahkamah Magistrik Johor Bahru
00:03atas pertuduhan membunuh bayi lelakinya berusia 18 bulan, 3 tahun lepas.
00:08Tertuduh G. Tevendiran mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrik Nur Zihan Abdul Rahman.
00:16Dan mana pun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:23Mengikut kertas pertuduhan, Tevendiran didakwa membunuh anak lelakinya berusia 18 bulan di kondominium Bandar Baru Permas Jaya
00:32lebih kurang jam 8.30 hingga 10 pagi pada 12 September 2023.
00:38Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
00:41Tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan Mahkamah menetapkan 1 Oktober depan untuk serahan laporan DNA forensik dan petologi.
00:49Sementara itu, dalam prosedur Mahkamah Berasingan, Tevendiran didenda RM3,000 dan sebulan penjara selepas mengaku bersalah
00:57atas pertuduhan memiliki bahan lucah dalam telefon bimbitnya.
01:01Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 292 Perenggan E Kanun Kesiksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 292 Kanun Sama.
01:10Polis pada selasa mengklasifikasikan semula kes kematian mangsa 3 tahun lalu sebagai kes bunuh
01:16sesudah penahanan bapa kandung mangsa yang dikenalpasti sebagai suspek utama pada 18 Julai lalu.
01:22Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa bapanya ke Hospital Sultan Ismail HSI Johor Bahru pada 13 September 2023
01:31dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian pinggang, perut menggelembung serta bengkak pada bahagian dubur mangsa.
Comments

Recommended