00:00Sembilan warga China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrate Balik Pulau pada selasa atas pertuduhan menjalankan kegiatan penipuan cinta atau
00:09love scam awal bulan ini.
00:11Kesemua tertuduh Ye Bin Yu, 32 tahun, Yang Jie, 34 tahun, Xiang Hang Hang, 33 tahun, Lin Zihu, 30 tahun,
00:22Zhang Peng, 30 tahun, Huang Shi Hong, 31 tahun, Tan Chiao, 22 tahun, Tan Bo, 26 tahun dan Li Ming
00:31Ri, 27 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Magistrate Chia Hui Ting.
00:37Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menjadi pihak kepada suatu pakatan jenayah dengan bersetuju melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang
00:47bagi memperdaya mangsa menerusi sindikat love scam.
00:51Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit kondominium di Muse PICC Kondominium Persiaran Mahsuri, Sungai Nibong Kecil, Bayan Lepas, kira
01:01-kira jam 6.10 petang pada 1 Julai lalu.
01:04Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 120B Kurungan 1 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak kurang 1 tahun dan tidak lebih 10
01:16tahun serta sebat dan denda jika sabit kesalahan.
01:20Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM8,000 dengan dua penjamin warga Malaysia bagi setiap tertuduh.
01:27Kesemua tertuduh perlu melaporkan diri di Balai Polis Sungai Nibong setiap Khamis selain menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
01:37Kes ditangguh sehingga 27 Ogos untuk sebutan semula.
Comments