Skip to playerSkip to main content
  • 18 hours ago
Menurut calon Pakatan Harapan (PH) itu, sektor pelancongan tempatan seperti inap desa, makanan tradisional dan perusahaan berkaitan mampu menjadi sumber pendapatan baharu kepada anak muda, selain cadangan mewujudkan hab keusahawanan belia yang memanfaatkan keluasan tanah di kawasan itu untuk aktiviti pertanian moden.
Transcript
00:00Calon Pakatan Harapan PH bagi Dun Seri Menanti, Muhammad Kamarul Arifin Muhammad Wafa bertekad menjadikan sektor pelancongan dan pertanian sebagai
00:09pemacu ekonomi tempatan bagi menarik golongan muda kembali menetap serta membangunkan kampung halaman mereka.
00:17Beliau berkata perancangan itu selaras dengan rancangan Tempatan Daerah Kuala Pilah 2035 yang merangkumi pembangunan Seri Menanti sebagai kawasan pelancongan
00:26dan pertanian.
00:27Sekaligus membuka peluang ekonomi kepada penduduk khususnya golongan belia.
00:32Nanti dia akan jadi satu kawasan pelancongan kemudian ada pertanian dan sebagainya.
00:39Peluang ada pada anak muda untuk menghidupkan ruang-ruang dalam bentuk pelancongan tempatan sama ada melalui pertanian, agro pertanian ataupun
00:50pelancongan rumah-rumah inap desa.
00:53Bahkan menawarkan kedai-kedai ataupun yang menawarkan makanan-makanan yang penting, makanan yang tradisional orang negi sembilan boleh berada di
01:06Seri Menanti.
01:07Sebab itulah saya tengok potensi yang dikatakan rancangan tempatan daerah Kuala Pilah khususnya Seri Menanti 2035 ini perlu kita pertahankan,
01:17perlu kita laksanakan.
01:18kerana ia akan membuat limpahan ekonomi kepada seluruh komuniti di Seri Menanti dan ianya juga akan mendapat manfaat oleh golongan
01:27muda iaitu mereka boleh mengusahakan ikut pelancongan, pelancongan yang boleh mendatangkan pendapatan bagi mereka. Itu yang pertama.
01:36Menurutnya sektor pertanian juga boleh menjadi antara faktor utama menarik anak muda berhijrah kembali ke Seri Menanti dan menetap di
01:44kampung halaman mereka dengan memanfaatkan kemahiran dalam bidang bercucuk tanam, pertanian serta penanaman buah-buahan.
01:51Katanya beliau turut melihat potensi produk pertanian tempatan seperti buah longan Brazil yang ditanam di kampung Buyao untuk dikembangkan sebagai
01:59produk pelancongan tempatan yang mampu menjana pendapatan kepada golongan belia.
02:04Selain pembangunan ekonomi, beliau turut melihat potensi Seri Menanti sebagai pusat pemerkasaan adat perpatih melalui pendekatan pendidikan yang lebih tersusun
02:13kepada generasi muda.
02:14Penting sebab institusi raja, raja pun yang Tuan Besar Negi 9 juga ada setandar di sini. Sistem itu ada, maka
02:23itu pentingnya untuk kita perkasakan semula pendidikan, pengetahuan tentang adat di kalangan anak muda.
02:30Kalau perlu, orang saya percaya bahawa dia wujudkan satu modul khas bagi pendidikan, bukan sahaja anak-anak tempatan di Seri
02:38Menanti ini boleh belajar, orang-orang lain juga yang berada di Negi 9 ini juga boleh belajar bahkan.
02:44Orang luar daripada Negi 9 juga boleh datang.
02:47Mengulas peluang Pakatan Harapan di kerusi yang dianggap kubu kuat Barisan Nasional, beliau optimis terdapat momentum perubahan berdasarkan maklum balas
02:55yang diterima sepanjang turun padang bertemu masyarakat.
02:58Dalam pertandingan tiga penjuru, Muhammad Kamarul berdepan penyandang daripada Barisan Nasional Muhammad Sofian Marazzi serta calon bersatu Datuk Seri Megaddi
03:06Syahriman Zaharuddin pada pilihan raya negeri Negi 9 ke-16.
Comments

Recommended