Skip to playerSkip to main content
  • 13 hours ago
Kebersihan menjadi antara agenda utama sejak Datuk Seri Aminuddin Harun menerajui pentadbiran Negeri Sembilan, dengan tumpuan diberikan khususnya kepada kawasan tumpuan pelancongan seperti Port Dickson.
Transcript
00:00Kebersihan menjadi antara agenda utama sejak Datuk Seri Aminuddin Harun menerajui pentadbiran Negeri Sembilan dengan tumpuan diberikan khususnya kepada kawasan
00:09tumpuan pelancongan seperti Port Dickson.
00:12Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, langkah memperkemas pengurusan kebersihan termasuk memastikan kerja pembersihan dilakukan lebih awal terutama pada hujung
00:20minggu,
00:21dilihat penting bagi menjamin keselesaan pengunjung yang kini mencecah sekitar 1 juta kehadiran setiap bulan.
00:30Menurut Aminuddin, walaupun usaha tersebut pada peringkat awal menerima pelbagai reaksi, aspek kebersihan tidak boleh dipandang ringan kerana ia menjadi
00:38faktor utama menarik keyakinan pelancong untuk terus berkunjung ke destinasi berkenaan.
00:45Sejak pertama saya menjadi Menteri Besar, antara perkara yang saya tekankan adalah kebersihan.
00:51Kerana itu, ketika itu agak memang agak orang marah.
00:59Tetapi bagi saya, apa yang penting apabila kebersihan itu baik dan hari ini dapat dibuktikan kehadiran pelancong yang diwartakan ataupun
01:10yang kita memang ketahui,
01:11sejuta sebulan. Sekadiran mereka sejuta sebulan mereka yang hadir daripada kawasan berhampiran untuk berada di kawasan pantai, amat ramai.
01:23Apa yang telah saya laksanakan adalah memastikan bahawa SWM, SWCOP harus memastikan bahawa kawasan pantai,
01:32khususnya hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Mesti disediakan kepada pelancong seawal 6 pagi.
01:39Maksudnya mereka kena melakukan pembersihan itu, mereka bekerja seawal 6 pagi untuk pastikan kawasan pelancongan itu bersih.
01:47Dan itu yang kita laksanakan dan memang ada kelemahan.
01:52Amin Udin bagaimanapun berkata kebersihan kawasan pelancongan bukan hanya bergantung kepada sistem pengurusan sisa,
01:59malah turut meluikan kesedaran pengunjung untuk memainkan peranan bersama.
02:05Apa yang berlaku di luar negara adalah, masyarakat di sana apabila mereka melakukan percutian,
02:15membawa makanan, membawa bekalan, ataupun mereka membeli makanan yang ada di kedai-kedai sekitar,
02:24sampahnya dibawa pulang semula.
02:26Tetapi kita beranggapan bahawa dengan melonggokkan di tong sampah,
02:32kalau peringkat awal tong sampah itu kosong,
02:35tetapi apabila jam 11 ke 12.30 lagi dah mula penuh,
02:39akhirnya pukul 1, pukul 2 itu dah berselerak di kawasan perkemahan ataupun kawasan riadah kita,
02:50tempat percutian kita.
02:52Ini yang masih berlaku dan saya kerap kali merayu kepada pelancong,
02:58kepada mereka yang datang ke pantai supaya kita adakan tekad untuk kita pastikan kawasan itu terus bersih
03:07dengan masuk balik sampah-sampah kita dalam plastik yang lebih besar dan bawa balik ke rumah.
03:14Tambahnya perubahan sikap masyarakat dalam menjaga kebersihan ketika beriadah perlu dipertingkatkan
03:20bagi mastikan kawasan tumpuan pelancongan khususnya pantai kekal bersih dan selesa.
Comments

Recommended