Skip to playerSkip to main content
  • 3 days ago
Amerika Syarikat mengecam tindakan China terhadap anggota Tentera Laut Filipina di Laut China Selatan yang disifatkan sebagai berbahaya dan agresif. Washington menggesa Beijing menghentikan tindakan yang didakwa menjejaskan kestabilan serantau, sambil menegaskan sokongan terhadap sekutunya, Filipina.
Transcript
00:00Laporan antarabangsa, Amerika Syarikat mengecam tindakan yang disifatkan sebagai berbahaya dan agresif oleh China terhadap anggota tentera laut di Filipina,
00:09di Laut China Selatan.
00:10Dalam kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Negara, Washington menggesa China menghentikan serta-merta tindakan yang didakwa boleh menggugat kestabilan di rantau
00:19itu.
00:21Menurut Amerika, tindakan China terhadap operasi maritim Filipina yang sah bukan saja menjejaskan keamanan serantau, malah bercanggah dengan komitmen Beijing
00:29untuk menyelesaikan pertikaian secara aman.
00:32Amerika turut menyatakan sokongan penuh kepada Filipina sebagai sekutu dan memuji profesionalism serta sikap berhemah yang ditunjukkan anggota tentera laut
00:40Filipina ketika insiden itu.
00:42Washington sekali lagi menegaskan keputusan Tribunal Timbang Tara pada Julai 2016 yang memutuskan bahawa tuntutan maritim China yang meluas di
00:51Laut China Selatan tidak mempunyai asas di bawah undang-undang antarabangsa.
00:55Amerika menyifatkan keputusan itu sebagai mutamat dan mengikat dari segi undang-undang terhadap China dan Filipina.
Comments

Recommended