Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Sultan Nazrin bertitah, pertahanan sempadan, perlindungan institusi negara dan keselamatan rakyat daripada ancaman ekstremisme, jenayah terancang serta serangan siber kekal sebagai tanggungjawab utama sesebuah kerajaan.
Transcript
00:00Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menegaskan integriti dan perpaduan sosial merupakan asas paling kukuh
00:06kepada keselamatan negara terutama ketika dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik, ancaman cyber dan penyalahgunaan maklumat sebagai senjata.
00:14Baginda bertitah keselamatan negara tidak boleh hanya diukur melalui keupayaan mempertahankan sempadan atau menengani ancaman luar.
00:23Sebaliknya, perlu disokong oleh integriti dalam pentadbiran, kejujuran serta keadilan dalam masyarakat.
00:53Genuinely just society being torn apart by external enemies alone.
01:01Far more often, external pressures merely exploit existing internal fractures.
01:12Inequality left unchecked.
01:16Communities left unheard.
01:18Injustices left unresolved.
01:23Sultan Nazrin bertitah pada persidangan pemikiran dan tamadu Islam ke-8 bertemakan
01:28Everyone Matters, Pride and Unity in Islam di Ipoh Perak pada selasa.
01:33Baginda menambah pertahanan sempadan, perlindungan institusi negara dan keselamatan rakyat
01:38daripada ancaman ekstremisme, jenayah terancang serta serangan cyber kekal sebagai tanggungjawab utama sesebuah kerajaan.
01:45Menurut Baginda, integriti negara yang sebenar hanya dapat diperkukuhkan apabila setiap warga negara tanpa mengira kaum atau agama merasakan mereka
01:54mempunyai hak, peluang dan kepentingan yang sama dalam menentukan masa depan negara.
01:59Dalam pariti, Sultan Nazrin mengingatkan ketelusan dalam pengurusan sumber awam amat penting bagi memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa sumbangan mereka
02:09digunakan untuk kepentingan bersama.
02:12Sultan Nazrin turut menegaskan budaya politik yang sihat memerlukan perbezaan pandangan dikendalikan secara berhemah.
02:19Titah Baginda lagi, kestabilan politik tidak seharusnya ditafsirkan sebagai ketiadaan perdebatan, sebaliknya sebagai keupayaan sesebuah negara mengurus perbezaan melalui institusi
02:31yang sah.
Comments

Recommended