Skip to playerSkip to main content
  • 18 hours ago
Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan prosiding inkues dilakukan bagi menyiasat kes kematian tiga individu dalam insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka pada 24 November tahun lalu.
Transcript
00:00Jabatan Peguam Negara mengarahkan proseding inquest dijalankan bagi menyiasat punca kematian tiga lelaki tempatan dalam insiden tembakan di Durian Tunggal,
00:10Melaka pada 24 November tahun lalu.
00:13Keputusan itu dibuat berdasarkan penelitian terhadap kertas siasatan yang dikemukakan polis diraja Malaysia, PDRM.
00:21Dalam kenyataan itu, Jabatan Peguam Negara berkata, selain menyiasat punca kematian, proseding inquest itu juga bertujuan meneliti fakta dan keadaan
00:30yang membawa kepada kematian berkenaan.
00:33Ia termasuk mengenal pasti sama ada wujud atau tidak sebarang unsur jenayah berhubung kematian tiga individu itu.
00:39Jabatan Peguam Negara memberitahu keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan keseluruhan keterangan dan dapatan siasatan.
00:46Proseding inquest itu akan dijalankan mengikut Seksyen 339-1 Kanun Tata Cara Jenayah Akta 593.
00:55Menurut Jabatan itu, keputusan untuk mengadakan proseding inquest mencerminkan konmitmen pihaknya bagi memastikan segala fakta dan keadaan berkaitan diperiksa secara
01:04menyeluruh, telus dan bebas, selaras dengan kehendak undang-undang.
01:09Jabatan Peguam Negara memberitahu pihaknya memandang serius setiap insiden yang melihatkan kehilangan nyawa.
01:14Pada 26 Mei lalu, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukiraman, Datuk M. Kumar berkata,
01:19polis sudah menyerahkan semula kertas siasatan insiden tembakan maut itu kepada Jabatan Peguam Negara selepas melengkapkan beberapa arahan tambahan.
01:28Media sebelum ini melaporkan tiga lelaki berusia antara 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripada mereka melibas parang
01:37terhadap seorang anggota polis di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal.
01:41Akibat serangan pada November 2025 sekitar jam 4.30 pagi itu, anggota polis berpangkat korporal berusia awal 30-an parah
01:50pada lengan kiri.
Comments

Recommended