Skip to playerSkip to main content
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Khalis Khadir

Tumpuan #AWANI745 malam ini:

- ⁠Penipuan terancang, kerajaan sokong SPRM siasat isu KWAP

-⁠ Zizie Izette bebas semua pertuduhan rasuah

- Lancar manifesto, apa tawaran PH kepada Negeri Sembilan?

- Sepanyol julang Piala Dunia, Dataran Merdeka pula ditinggalkan sampah

Saksikan #AWANI745 setiap hari 7.45 malam di saluran 501 Astro AWANI dan
👉🏻 LIVE TV - https://bit.ly/3RBN4UH

#AWANInews

Category

🗞
News
Transcript
00:08Assalamualaikum, salam hormat anda sedang menonton Awani 7.45 bersama saya Kalis Kadir.
00:14Kita ikuti tumpuan utama kami malam ini.
00:18Penipuan terancang, Kerajaan Sokong SPRM, siasat pelaburan KWAP dalam e-fisheri.
00:26Zizi Izzet bebas semua perpuluhan rasuah RM2.8 juta.
00:34Rumah tanpa paku diberi nafas baru.
00:37Tumpuan masyarakat kenali adat pepatih.
00:42Sepanyol julang piala dunia.
00:45Dataran Merdeka pula yang ditinggalkan sampah.
00:53Pelakon Datin Sri Zizi Izzet Abdul Samad dilepas dan dibebaskan daripada semua tiga pertuduhan bersubahat dalam kes rasuah berjumlah RM2
01:03.8 juta.
01:05Hakim Rosli Ahmad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menibulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dikemukakan pihak pendawaan
01:15pada akhir kes pembelaan.
01:17Zizi Izzet yang juga balu kepada bekas Ahli Parlimen Kinabatangan Allahirham Datuk Seri Bung Muhtar Radin dilihat sebab sejurus keputusan
01:27dibacakan.
01:28Kes berkenaan melibatkan dawaan bersubahat menerima rasuah berkaitan pelaburan dana berjumlah RM150 juta ke dalam unit amanah publik mutual berhad
01:3911 tahun lalu.
01:40Dengan keputusan itu, Zizi Izzet dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada semua pertuduhan yang dihadapinya.
01:52Siasatan lanjut perlu dilakukan khususnya bagi meneliti prosedur kelulusan yang berkaitan dengan isu kerugian dana pelaburan,
02:01kumpulan wang persaraan diperbadatkan KWAP dalam syarikat e-fisuri di Indonesia.
02:07Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
02:10kerajaan menyokong sepenuhnya tindakan suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM
02:16yang telah memulakan siasatan terhadap kes penipuan terancang berkenaan.
02:23Tentunya siasatan harus dilakukan.
02:26Sebab itu saya menyokong langkah SPRM untuk meneliti sekiranya ada ketelanjuran atau percanggahan dari segi hukum ataupun unsur rasuah.
02:38SPRM harus diberikan kerjasama sepenuhnya.
02:41Saya dah menemui pengurusan KWAP untuk menyatakan harus beri kerjasama sepenuhnya.
02:49Walaupun melihat pada laporan awal, saya tidak percaya ada unsur-unsur begitu tapi ikut prosesnya harus telus dan harus bertanggungjawab.
03:00Anwar pada masa sama menjelaskan, jika melihat kepada proses kelulusan dana pelaburan ke atas syarikat berkenaan sebelum ini,
03:08ia seolah-olah menyaksikan satu kejadian luar biasa.
03:12Kerana wang ini dana persaraan.
03:16160 juta itu dilabur dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia e-fishery.
03:24Tetapi ternyata sekarang ada penipuan terancang.
03:29Soalannya mengapa tidak diteliti?
03:33Jawabnya tentunya dari panel pelaburan diteliti.
03:37Kerana dana yang dilabur itu masih walaupun besar tapi kecil ketimbang yang dilakukan oleh syarikat-syarikat antarabangsa terkenal yang lebih
03:56besar.
03:56Ini perempuan ini perempuan yang sangat canggih.
03:59Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Dr. Wan Martina Wan Yusof pada sesi jawab lisan di Dewan Negara pada
04:08Isnin.
04:10Segala permohonan berkaitan Network School Forest City Johor telah melalui proses teratur dan disahkan pihak berkuasa berkaitan.
04:18Menteri Digital Gobing Singh Dio menegaskan aspek pelisanan perniagaan dan operasi premis Network School berada di bawah bidang kuasa kerajaan
04:28negeri Johor.
04:29Manakala urusan melibatkan kemasukan warga asing, visa dan imigresen pula tertakluk kepada Kementerian Dalam Negeri KDN.
04:38Jadi apabila kita ke Johor hari itu memang ada jemputan untuk kita melawat beberapa tempat dan juga syarikat-syarikat tertentu.
04:47Aspek yang berkaitan dengan pekerja dan visa dan sebagainya itu semua di bawah bidang kuasa KDN.
04:55Dan kita di Kementerian Digital kita telah pun buat periksaan.
04:58Pemeriksaan menunjukkan bahawa semua permohonan itu adalah teratur.
05:02Dan kita lihat bahawa perkara itu juga disahkan oleh Jabatan Imigresen.
05:05Menurut Gobin, Kementerian Digital juga telah menjalankan semakan terhadap perkara berkaitan yang berada di bawah bidang kuasanya
05:12dan mendapati semua permohonan dibuat mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
05:17Dalam pada itu, Gobin menegaskan sebarang aduan yang diterima perlu disiasat dan tindakan sewajarnya mesti diambil
05:24sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang atau syarat yang telah ditetapkan.
05:29Jadi kepada saya, ini perkara yang berlaku di Johor dalam pemantauan Kerajaan Negeri Johor.
05:34dan di dalam bidang kuasa KDN.
05:37Jadi kepada saya, saya tidak ada masalah.
05:38Kalau sebarang aduan dikemukakan, kepada saya siasat.
05:44Saya tegas. Kalau perlu, kita ikut undang-undang.
05:47Kalau kita lihat bahawa siasatan menunjukkan ada masalah yang berlaku, ambil tindakan.
05:53Kepada saya, itu tidak menjadi masalah.
05:54Beliau berkata demikian kepada media ketika melakukan lawatan ke kampung Sungai Kayu Ara dan Kampung Jempaka di Petaling Jaya pada
06:02Isnit.
06:04Dulu hanya sebuah rumah usang, kini kembali menjadi nadi warisan masyarakat setempat.
06:11Rumah warisan uan robah ruur di Kuala Pilah diberi nafas baharu sebagai ruang ilmu, budaya dan penghubung generasi.
06:19Pernah terbiar selama hampir 30 tahun tanpa penghuni.
06:24Rumah warisan yang menjadi cerminan seni bina tradisional Negeri Sembilan itu kembali dihidupkan
06:31selepas timbul kesedaran dalam kalangan waris untuk menyelamatkan peninggalan berharga tersebut.
06:38Ikuti laporan disediakan wartawan Farhan Hakimi.
06:56Rumah pusaka yang pada asalnya dibina tanpa menggunakan sebarang paku itu
07:01dianggarkan berusia lebih 100 tahun.
07:04Mula dibina sekitar tahun 1900 oleh pasangan suami isteri Zainal dan Wan Robah.
07:11Selain menjadi simbol identiti budaya tempatan, rumah warisan tersebut berfungsi sebagai tempat perempuan masyarakat
07:19untuk mengenali sistem sosial adat perpatih di Negeri Sembilan.
07:23Selepas Wan Robah meninggal dunia pada 1950, rumah tersebut diwarisi anak perempuan sulungnya, Ramlah.
07:30Sebelum dia meninggal dunia pada 1994, rumah itu kemudian diwarisi oleh Kamsiah Minhat
07:37daripada generasi ketiga Wan Robah sehingga kini.
07:41Memang sejarahnya rumah ini terbiar 30 tahun tetapi tiba saat di mana kita timbul kesedaran
07:52untuk nak berbuat sesuatu tanpa rumah ini.
07:55Jadi bila asat itu timbul, maka langsung Allah memudahkan kerja kita mendapatkan orang nak repair rumah,
08:09mendapatkan centera yang nak bersihkan kawasan dan semuanya ini dipemudahkan.
08:16dan Alhamdulillah dalam masa 15 bulan rumah yang terbiar 30 tahun itu dapat dihuni semula.
08:27Menurut Muhammad Yunus, usaha pemuliharaan tidak hanya diusahakan waris semata-mata tetapi turut disokong beberapa pihak.
08:34Sebelahnya kita bersyukur jugalah bukan kita ambil inisiatif sesaja.
08:41Malah ada 3-4 pihak yang memainkan peranan.
08:45Pihak Luak Teraci, pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan, pihak NGO.
08:50Semuanya ini berhasat untuk menjadikan tempat ini sebagai tempat yang berpotensi untuk pelancongan,
08:59untuk aktivis alam sekitar, untuk penggiat warisan budaya dan untuk itu kami bersedia sahaja.
09:07Asalkan ianya menjadi sumber ilmu untuk nasib yang akan datang ini insyaAllah.
09:14Ruawu membuktikan nilai rumah lama tidak semisinya lenyap di mamah waktu
09:19dan mampu menjadi aset budaya yang terus hidup apabila diberi nafas baru.
09:25Budaya ini sebagai contoh yang terbaik untuk dikembangkan seluruh negeri sembilan dan gengeri yang sekitarnya insyaAllah.
09:35Pandangan saya dengan rumah warisan Warabah ini memang sangat berguna.
09:40Memang sangat selalu digunakan oleh masyarakat kampung
09:45untuk membuat aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
09:48lepas itu aktiviti-aktiviti adat dan program budak-budak sekolah.
09:56Dan saya amat-amat menggalakkanlah pada agensi ataupun NGO-NGO
10:02yang berada di luar kawasan kampung kita ini untuk datang
10:06mengadakan program-program di kampung kita untuk kita menaikkan lagi
10:11kampung kita di masyarakat yang ada sekarang inilah.
10:16Di sebalik setiap ukiran dan binaan kayu rumah warisan Uwan Robah Ruur ini
10:22tersimpan kisah warisan yang menjadi penghubung antara generasi lama dan generasi hari ini.
10:27Meskipun berdepan arus pemodenan, rumah ini kekal utuh sebagai simbol identiti
10:33dan warisan budaya yang wajar dipertahankan.
10:37Farhan Hakimi, kuala pilah untuk Isra Awani.
10:44Masjid perlu mencari pendekatan inovatif bukan sahaja bertujuan untuk pengimmarahan
10:49tetapi pada masa sama menarik kehadiran lebih ramai golongan muda.
10:54Menteri di Jabatan Perdana Menteri Halewal Agama Zulkifli Hassan berkata
10:58masjid perlu berfungsi bukan sahaja sebagai tempat ibadah
11:02tetapi turut menjadi pusat pembangunan insan dan aktiviti kemasyarakatan.
11:08Kita ingin menjadikan masjid sebagai pusat komuniti
11:14yang bukan hanya pusat kerohanian untuk umat Islam beribadah
11:19tetapi juga bagaimana umat Islam dapat manfaat dengan program-program yang inovatif
11:25dan program-program yang dapat membantu masyarakat
11:28sebagai contoh program-program pendidikan, program-program rekreasi dan sukan
11:33yang boleh memberikan manfaat kepada anak-anak dalam masa yang sama
11:37hati mereka dekat dengan masjid.
11:41Zulkifli berkata demikian ketika ditemui pada program rakan masjid
11:44X-Final Piala Dunia 2026 di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Manjalara pada Isnin.
11:50Menurut beliau, program seperti ini bukan sekadar memberi peluang kepada anak muda
11:54menonton perlawanan akhir Piala Dunia, malah bertujuan menjadikan masjid
11:58sebagai pusat komuniti yang lebih mesra masyarakat.
12:00Zulkifli berkata pendekatan itu merupakan sebahagian daripada
12:04usaha berterusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM,
12:07Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Jawi dan pihak masjid
12:10untuk mendekati generasi muda.
12:12Beliau menegaskan pembinaan jati diri generasi muda dan masa depan negara
12:16perlu bermula dengan pengukuhan nilai serta pembutuhkan jiwa
12:19yang dekat dengan instansi masjid.
12:24Dewan Manaraya Kuala Lumpur DBKL meluahkan rasa kesal
12:28terhadap keadaan dataran merdeka yang dipenuhi sampah
12:32selepas orang ramai berhimpun menyaksikan aksi final Piala Dunia 2026
12:37antara Spanyol dan Argentina pada awal pagi tadi.
12:41Menurut kenyataan, DBKL berkata, ribuan peminat bola sepak hadir
12:45untuk bersama-sama meraihkan perlawanan tersebut.
12:48Namun, kawasan bersejarah itu ditinggalkan dengan pelbagai sisa sampah
12:53selepas acara tamat.
12:56DBKL memaklumkan kerja-kerja pembersihan akan dilaksanakan oleh petugasnya
13:02bagi memastikan kawasan berkenaan kembali bersih.
13:05Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan itu menegaskan
13:08kebersihan Kuala Lumpur tidak seharusnya sentiasa bergantung
13:12kepada petugas pembersihan selepas suatu acara berlangsung.
13:16Menurut DBKL, dataran merdeka bukan sekadar lokasi awam
13:21malah merupakan simbol maruah dan sejarah negara
13:24yang perlu dihargai oleh semua pihak.
13:26DBKL berkata, orang ramai bebas meraihkan sesuatu acara
13:30dengan penuh semangat.
13:31Namun, kebebasan untuk bergembira tidak bermaksud
13:35boleh meninggalkan sampah atau mencemarkan ruang bersama.
13:39DBKL turut menyeru warga Kuala Lumpur
13:42supaya menganggap bandar raya itu sebagai rumah bersama
13:45dan menjaga kebersihannya seperti menjaga kediaman sendiri.
14:00Terima kasih kerana menonton Sinar Awani bersama saya Khalid Skadir.
14:10Berikut merupakan tumpuan utama kami malam ini.
14:15Hutang kerajaan meningkat sebab kos faedah hutang lama.
14:23Lancar manifesto malam ini.
14:25Apa tawaran PH kepada Negeri Sembilan?
14:30Kepala air ragut 12 nyawa di Kedah.
14:34Sungai Sedim paling berisiko.
14:39Ferran Torres buat mesi menangis.
14:42Sepanyol julang Piala Dunia kedua.
14:48Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata
14:51peningkatan jumlah hutang kerajaan ketika ini
14:53sebahagian besarnya berpunca daripada kos faedah yang tinggi
14:58serta komitmen membayar hutang lama termasuk berkaitan skandal 1MDB
15:03dan bukannya disebabkan kerajaan berbelanja secara tidak berhemah.
15:07Beliau berkata kerajaan sering digesa mengambil langkah yang lebih popular
15:12seperti menambah subsidi diesel dan petrol
15:15yang dianggarkan bernilai kira-kira RM40 bilion setahun.
15:20Namun tidak mampu berbuat demikian kerana ia akan meningkatkan beban hutang negara.
15:27Menurut Anwar, kerajaan sedang berusaha mengurangkan beban hutang yang diwarisi
15:31namun jumlah keseluruhan hutang masih meningkat
15:34kerana pembayaran faedah serta melangsaikan komitmen lama.
15:37Sebenarnya bayar apa? Bayar hutang lama. Bayar hutang 1MDB.
15:43Nak nafi macam mana? Tadi ditanya masalah tabung haji.
15:48Sama juga. Saya macam mana nak lupa hutangnya puluh bilion.
15:55Felda. Sekarang saya jaga Felda.
15:58Dulu masalah Raja Alias. Siapa kata orang Melayu tak pandai jadi pengurus?
16:02Raja Alias. Taib Andak. Brilliant. Good civil servants.
16:07Committed.
16:09Dia macam jadi hit. Felda itu dia live.
16:12Peneroka itu sebagai keluarga dia.
16:16Kemudian ganti.
16:19Tukar jadi FGV, ganti.
16:21Dua, tiga. Tokoh politik, jahannam.
16:24Beli hotel patut 100 juta, kos 160 juta.
16:29Mana saya tahu? Report datang ke saya.
16:31masa saya nak kena bayar.
16:33Felda kata kena jual.
16:35Kata kata macam mana?
16:36Kita beli dulu 160 juta, nak jual jadi 100 juta ringgit.
16:40Sudah inik, this is the reality.
16:43Tapi nak suka saya popular dengan orang ini. Tak popular.
16:46Nak ingat orang itu yang tak marah saya, dia marah.
16:48Dia tak nak ungkit kes lama.
16:50Tak ungkit. Apa aku kena bayar sekarang?
16:53Beliau berkata keadaan sama turut berlaku dalam usaha memulihkan Felda
16:57yang menurutnya mengalami kesan akibat salah urus
16:59dan keputusan pelaburan yang merugikan yang dibuat sebelum ini.
17:04Anwar berkata kerajaan kini menanggung bayaran kekira 918 juta ringgit setahun
17:09berkaitan komitmen keuangan Felda.
17:12Beliau menegaskan isu yang berlaku berpunca daripada kegagalan takbir urus,
17:17penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh individu yang diberi amanah.
17:29Manifesto sering dinantikan dalam setiap musim pilihan raya.
17:34Ia mencerminkan hala tuju dan tawaran sesuatu gabungan politik itu.
17:38Rakyat seterusnya akan membuat penilaian.
17:41Adakah undi dan mandat berhak diberikan kepada parti bertanding menjelang hari penentu?
17:47Pakatan Harapan PH bakal melancarkan manifesto malam ini.
17:52Apa intipati dan tawaran yang bakal menanti penduduk Negeri Sembilan?
17:57Ikuti perincian lanjut, rakan setugas Ashraf Malik.
18:00Ashraf, silakan Ashraf.
18:04Terima kasih rakan setugas di pusat penjelan Asia Bukit Jalil, Khalil Skadil.
18:09Jadi hari ini saya kira sudah genap seminggu.
18:12Saya hampir genap seminggu saya berada di Negeri Sembilan ini membuat tinjauan.
18:16saya mula sampai di sini pada 14 hari bulan lalu.
18:19Dan kini hari Senin, 20 hari bulan Julai secara rasmi kita memasuki hari ketiga kempen.
18:24Dan calon dilihat semakin meriah, bermah mesra dengan rakyat jelata.
18:30Mereka dari pagi hingga malam singgah ke setiap perusuk kawasan yang ditandingi.
18:35Mendengar masalah, memberikan ceramah yang penuh semarak.
18:38Ini saya kira antara warna-warni suasana pada musim pilihan raya.
18:43Sama juga seperti yang dapat penonton saksikan di belakang saya ini.
18:47Jadi itulah saya kira sedikit kemerahan pada musim pilihan raya ini.
18:53Dan sudah tentu pada malam ini, tumpuan kita adalah tentang pelancaran manifesto
18:58Pakatan Harapan di Hotel Arsene Klana yang akan berlangsung sekitar jam 8 malam.
19:03Sementara saja lagi, mungkin 8 lebih sekarang sudah tepat jam 8 malam.
19:05Namun kini saya ingin kongsikan kepada penonton Estor Awani.
19:10Manifesto ini Pakatan Harapan, kita lihat selaku tuan rumah antara yang terawal melancarkan manifesto.
19:17Dan kita lihat mereka membuka lakaranan dengan melancarkan manifesto ini
19:20bagi menghadapi pilihan raya Negeri Sembilan, PLN Negeri Sembilan ke-16.
19:23dan kita harus fahami apakah rakyat yang mahu mahukan.
19:29Apa yang kita boleh jangkikan dari manifesto ini?
19:31Kerana ia harus jelas dan padat.
19:33Supaya rakyat dapat tahu apa yang akan ditawarkan kepada mereka
19:36sekiranya Pakatan Harapan terus memberikan mandat.
19:39Ini saya kira sebagai satu proses marketing ataupun proses pemasaran
19:43bagaimana untuk memenangi hati rakyat.
19:46Kerana parti lain pasti akan untuk bersaing.
19:47Jadi sedikit mungkin kita dapat asalkan petunjuk, semalam pada ahad Ketua Pengarah Bilik Gerakan PH Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaki
19:56Matsabi berkata, manifesto PH akan menumpukan pada aspek kesinambungan pembangunan dan kemakmuran yang dinikmati rakyat sejak PH menerajui Kerajaan Negeri
20:06Sembilan pada tahun 2018.
20:08Jadi jika kita lihat kembali, antara yang sering disebut-sebutkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar
20:16Datuk Seri Aminuddin Harun adalah berkenaan pengurusan kewangan yang kukuh dan berhemah sehingga Negeri Sembilan pada pertengahan tahun 2026 mampu
20:25memperoleh rezab 1.3 bilion ringgit.
20:28Tidak dilupakan juga tentang projek perubahan kontena kecerdasan buatan AI di Port Dickson yang dilancarkan baru-baru ini. Projek ini
20:35pasti akan membawa limpahan ekonomi kepada rakyat di sana.
20:39Wajar juga kita ramkumkan tentang belia kerana di Negeri Sembilan ini pengundi berusia 21 hingga 29 tahun adalah ramai sebenarnya.
20:49Saya anggarkan sekitar 174,291 individu. Kumpulan yang amat besar ya. Jadi permintaan belia ini perlu kita dengari. Seperti kemudahan
21:01sukan, peluang pekerjaan, TVET dan pembangunan itu harus kita cuba untuk penuhi.
21:07Dan kita lihat juga tentang apakah manifesto PH di Johor. Ini boleh dijadikan sebagai satu referendum ataupun mungkin coraknya akan
21:16juga dibawa ke manifesto di Negeri Sembilan ini.
21:19Jadi di Johor tema manifesto PH adalah Johor untuk semua dan mereka menawarkan 10 taruhan utama supaya meningkatkan pendapatan rakyat,
21:30menengani kos hari hidup dan juga permohonan mempunyai. Saya kira ini juga antara-antara fokus yang akan mereka bawakan untuk
21:36manifesto di Negeri Sembilan ini.
21:38Jadi pada masa ini, masa agak mencemburi kita. Sekat ini kepasan yang saya dapat bawakan di Asen Kelana, perkembangan lanjut
21:43mengenai manifesto PH di Negeri Sembilan ini,
21:46saya akan bawakan pada buletin seterusnya dan di platform astroawani.com. Kembali kepada rakan setugas Kajish Khadir di studio.
21:52Terima kasih Ashraf Malik. Negeri Sembilan memilih. Itu kita akan bawakan perkembangan dari masa ke masa.
22:06Terima kasih telah menonton!
22:51Sungai Sedim di Kulim dikenalpasti sebagai lokasi paling kerap dilanda kepala air di Kedah.
22:58Apabila 5 daripada 11 insiden yang direkodkan sejak 2024 sehingga kini berlaku di kawasan rekreasi tersebut.
23:076 lagi kejadian kepala air berlaku di kawasan rekreasi Lubuk Kawah, Yan, Changdun, Latamengkuang, Sik, Latamayu dan Kampung Kuala Merah,
23:17Kuala Ketil di Baling serta air terjun Lubuk Sembilan, Langkawi.
23:23Pengarah Jabatan Bomber dan Penyelamat JBPM Kedah, Penolongkanan Peserujaya Bomber Awang Hidzil Awang Bujang berkata,
23:30daripada keseluruhan kejadian itu seramai 12 mangsa disahkan meninggal dunia manakala 4 berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas pasukan penyelamat serta
23:40agensi berkaitan.
23:42Menurutnya kejadian paling tragis berlaku pada Jumaat lalu di Sungai Sedim apabila 3 mangsa meninggal dunia.
23:48November 2024 Sungai Sedim Sama juga di Kulim Hightech 1 mati
23:5714 Jun 2025 Sungai Sedim Kulim Hightech 1 mati
24:0316 September 2025 Lata Mengkuang Sik 1 mati
24:1012 Januari 2026 Air Lubuk Semeling Langkawi 1 mati 1 selamat
24:2619 Jun Jun 2026 Lubuk Kawah Yan 1 mati dan baru-baru inilah 17 Julai 2026 Sungai Sedim Kulim Hightech
24:413 mati dan 3 mangsa diselamatkan.
24:45Antara insiden lain yang turut mendapat perhatian ialah kejadian kepala air di Changlun pada 20 Julai tahun lalu
24:51yang menyebabkan beberapa mangsa terperangkap selepas laluan utama ke lokasi terputus sebelum operasi menyelamatkan dilaksanakan pihak bomba.
25:00Katanya secara keseluruhan sebanyak 39 lokasi berisiko kepala air dikenalpasti di seluruh Kedah
25:07dan lokasi lain antaranya Hutan Lipur Puncak Janeng dan Air Terjun Sungai Seraya di Kuala Nerang,
25:14Air Terjun Telaga 7, Air Terjun Temurun dan Lubuk Similang di Langkawi
25:18serta Air Terjun Bukit Hijau, Air Panas Ulu Lenggung, Lata Celak Simpoi dan Lubuk Badak di Balik.
25:26Daerah Balik merekodkan bilangan tertinggi iaitu 9 lokasi berikutan bentuk buka bumi yang berbukit
25:32mempunyai gunung, jeram, air terjun dan sungai yang terdedah kepada fenomena berkenaan terutama ketika hujan lebat di kawasan hulu.
25:40Awang Hidzil dalam pari itu berkata pihak pengusaha kawasan rekreasi dan komuniti setempat juga disaran
25:47memainkan peranan lebih aktif dan mengeluarkan amaran awal kepada pengunjung terutama berlaku hujan lebat di kawasan hulu.
25:55Mereka yang akan memantau bagaimana air di tinggi teras ini, mereka akan suruh balik macam itu.
26:00Dia memang ada, jatuh kawasan itu ada di situ. Mungkin peralatan kita boleh bantulah pesukan-pesukan macam ini.
26:06Peralatan segi lightboy dan sebagainya. Kalau ada pelampung itu boleh lempaklah dia tali, boleh lempak mungkin boleh menyelamatkan keadaan.
26:30Unit khas dakwah orang asli diwujudkan di bawah cawangan pemantapan kefahaman Islam CPKI, bahagian dakwah Jakim dan bahagian pembangunan du
26:39'at Yadim.
26:40Dalam usaha membangunkan ekosistem dakwah kepada masyarakat orang asli di negara ini,
26:46Timbala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Halihual Agama, Marhamah Rosli berkata,
26:50Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri turut melantik petugas dakwah mengikut keperluan negeri masing
26:59-masing.
27:01Di peringkat pelaksanaan, usaha ini diperkasakan melalui pelantikan 7 orang penyelaras penggerak masyarakat orang asli,
27:08253 orang penggerak masyarakat orang asli di bawah Aslian Jakim,
27:13serta 10 orang daing orang asli di bawah Yadim di Semenanjung Malaysia.
27:18Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Jain dan Main turut melantik petugas dakwah mengikut keperluan negeri,
27:25antaranya guru agama orang asli dan mu'alim di Kelantan,
27:29mubalik Islam di Perak, penyelaras pembangunan insania masyarakat asli di Pahang,
27:34serta pembantu penggerak masyarakat orang asli di Johor.
27:38Beliau berkata, Kerajaan turut memberi penekanan kepada pemerkasaan infrastruktur keagamaan
27:44seperti pemangkin pembangunan komuniti orang asli.
27:47Menurut beliau, sehingga kini, sebanyak 384 buah surau telah dibina di perkampungan orang asli di seluruh negara,
27:55termasuk 32 surau Jumaat yang berfungsi sebagai pusat ibadah, pendidikan dan aktiviti kemasyarakatan.
28:05Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah mempelawa mana-mana keluarga masyarakat orang asli
28:12di kampung Sungai Cot Maran yang memerlukan penempatan agar berpindah dan menetap di tanah milik Baginda di Kuala Wau, Maran.
28:21Pengurusi Bijaya Diraja Sultan Pahang, Major General Datuk Muhammad Zahari Yahya dalam penyataan pada Isnin memaklumkan,
28:28Baginda sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan memahami kegusaran serta kesulitan yang dihadapi masyarakat orang asli di kampung berkenaan.
28:40Kenataan itu menyebut pelawaan Baginda dizahirkan atas rasa simpati, dukacita dan keprihatinan terhadap pertikaian tanah yang membabitkan masyarakat orang asli
28:49di kampung Sungai Cot Maran.
28:51Tunku Azizah bertitah masyarakat orang asli bukan sekadar sebahagian daripada rakyat Pahang, malah mempunyai tempat yang amat istimewa di hati
28:58Baginda.
28:59Baginda bertitah peranan masyarakat orang asli dalam pembangunan dan kemajuan negeri Pahang sejak dahulu lagi amat penting.
29:05Seperti yang dapat dilihat menerusi kajian tesis yang sedang disiapkan oleh Baginda.
29:10Sebuangan itu Baginda bertitah bahawa kesejahteraan serta masa depan masyarakat orang asli akan terus menjadi antara perkara yang diberikan perhatian
29:17dan keutamaan.
29:18Muhammad Zahari berkata Baginda juga bertitah agar masyarakat orang asli tidak perlu bimbang mengenai masa depan mereka.
29:24Baginda memberi jaminan bahawa sekiranya tanah milik Baginda di Kuala Wau dibangunkan pada masa depan,
29:29masyarakat orang asli yang menetap di kawasan itu akan terus mempunyai tempat tinggal,
29:33tidak akan dipinggirkan serta akan terus dibela dan boleh tinggal di kawasan tersebut.
29:38Muhammad Zahari menambah pelawaan itu tidak terhad kepada masyarakat orang asli kampung Sungai Cotmaran sahaja.
29:43Sebaliknya turut dibuka kepada mana-mana masyarakat orang asli yang memerlukan tempat berteduh atau penempatan baru
29:48tertakluk pada perkenan Baginda serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
29:53Baginda berharap pelawaan itu dapat memberikan kelegaan kepada masyarakat orang asli yang terkesan.
29:57di samping memastikan kebajikan mereka terus terpelihara tanpa mengira latar belakang atau keadaan.
30:03Pada masa yang sama, Baginda menyeru semua pihak yang terlibat agar mengutamakan semangat permuafakatan,
30:09saling hormat menghormati serta berunding dengan penuh hikmah bagi mencari penyelesaian yang adil,
30:14berkhidmat dan memelihari kepentingan semua pihak.
30:17Meskipun menghargai keprihatinan Tengku Ampuan Pahang,
30:20jurucakap masyarakat orang asli Juliana Jazlin Ismail berkata,
30:24mereka memilih untuk kekal mempertahankan tanah adat di kampung Sungai Cot.
30:28Jelasnya kawasan itu bukan sekadar tempat tinggal,
30:31malah sumber rezeki, identiti dan warisan yang perlu dipelihara
30:36demi generasi orang asli yang akan datang.
30:38Dia berkata demikian menerusi hantaran di aplikasi TikTok Jazlin 90 pada Isnin.
30:57Andy Burnham dilantik sebagai Perdana Menteri Britain ke-7 dalam tempoh sedekat pada Isnin
31:03dengan senarai tugasan mencabar yang sebelum ini gagal ditangani oleh barisan pendahulunya
31:09selain kesentukan masa untuk membuktikan keupayaannya.
31:13Beliau mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Kia Stammer.
31:17Hanya dua tahun selepas bekas Perdana Menteri itu memimpin parti buruh
31:22meraih kemenangan besar dalam pilihan raya.
31:25Sekaligus menamatkan pemerintahan parti konservatif selama 14 tahun.
31:30Burnham dijangka menetapkan keutamaan untuk mengembalikan keyakinan terhadap kerajaan
31:36serta memberikan Britain lebih ruang di tengah-tengah krisis kosar hidup.
31:41Usaha memacu pertumbuhan ekonomi dan menyerahkan kuasa kepada komuniti wilayah juga
31:46dijangka menjadi agenda utama.
31:49Pengumuman mengenai pelantikan barisan kabinet kanannya
31:52turut dijangka dibuat pada Isnin dengan tumpuan terarah kepada individu
31:57yang bakal menggantikan Rachel Reeves sebagai Menteri Kewangan.
32:14Sebanyol muncul juara Piala Dunia 2026 selepas menewaskan juara bertahan Argentina 1-0
32:23menelusi masa tambahan dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium New York, New Jersey pada Ahad.
32:30Ferran Torres muncul wira Spanyol apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-106
32:36untuk menghadiahkan gelaran dunia kedua buat La Roja
32:40selepas kejayaan pertama mereka pada edisi 2010 di Afrika Selatan.
32:47Kemenangan itu turut menamatkan impian Argentina untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada 2022
32:52selain menafikan hasrat Lionel Messi untuk menutup kempen Piala Dunia dengan satu lagi trofi dunia.
32:59Selepas aksi sengit tanpa jaringan sepanjang 90 minit masa sebenar,
33:03Spanyol akhirnya memecahkan kebuntuan dalam babak kedua masa tambahan
33:06apabila Nico Williams mencipta peluang untuk Torres menyempurnakan jaringan
33:10yang menewaskan penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez.
33:15Spanyol menguasai sebahagian besar permainan dan terus memberi tekanan kepada benteng Argentina
33:19namun Martinez beberapa kali menyelamatkan gawangnya daripada di Bolosi.
33:23Penjaga gol itu mencatat 11 penyelamatan, rekod baru bagi pelawanan akhir Piala Dunia.
33:30Argentina pula terpaksa beraksi dengan 10 pemain
33:32selepas Enzo Fernandez dilayangkan kad merah pada penghujung masa sebenar
33:36susulan menerima kad kuning kedua.
33:39Sepanjang perlawanan, Spanyol mendominasi penguasaan bola dan peluang jaringan
33:43manakala Argentina gagal memberikan ancaman konsisten kepada gawang lawan
33:47ketika barisan pertahanan Spanyol mempamerkan disiplin yang tinggi.
33:51Kejayaan itu melengkapkan kampenj cemerlang skuad bimbingan Luis de la Fuente
33:55yang mengharungi kejohanan tanpa kalah
33:57dan hanya melepaskan satu gol sepanjang saingan Piala Dunia 2026.
34:02Final kali ini turut mencipta sejarah
34:05apabila menjadi perlawanan akhir Piala Dunia pertama
34:07yang menampilkan kesembahan separuh masa ala Super Bowl
34:10dengan penampilan artis terkenal antarabangsa
34:12termasuk Madonna, BTS, Justin Bieber dan Shakira.
34:36Terima kasih kerana menonton!
34:37Terima kasih kerana menonton!
34:39Terima kasih kerana menonton!
34:41Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended