Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Pasukan tentera dan polis Chile meneruskan operasi menyelamat penduduk yang terperangkap akibat banjir dan tanah lumpur susulan ribut kuat yang melanda beberapa wilayah di bahagian tengah dan utara negara itu.
Transcript
00:00Dan seterusnya, pasukan tentera dan polis Chile giat menjalankan operasi menyelamat penduduk yang terperangkap akibat banjir dan tanah lumpur.
00:08Susulan ribut kuat yang melanda beberapa kawasan di bahagian tengah dan utara negara itu pada ahad.
00:13Di IAPEL, anggota tentera membantu membersihkan rumah dan jalan raya yang dipenuhi lumpur akibat hujan debat berterusan.
00:22Sementara itu, polis tentera Chile menyelamatkan sebuah keluarga yang terperangkap di atas bumbung rumah mereka di Monte Patria
00:28menggunakan helikopter selepas kawasan kediaman dinaiki air.
00:32Di Ovali pula, tentera menghantar sebuah hospital medan bergerak selepas ribut memusnahkan lima daripada tujuh wat hospital di bandar tersebut.
00:39Timbalan Menteri Dalam Negeri Chile berkata pihak tentera akan membantu memastikan perkhidmatan kesihatan dapat diteruskan sepanjang tempoh kecemasan.
00:47Pada masa sama, pihak berkuasa turut memindahkan penduduk di Valenar dan Ovali apabila parasungai terus meningkat di wilayah Kukumbo dan
00:54Atakama.
00:55Kerajaan Chile sebelum ini mengisytiharkan darurat pencegahan di 10 wilayah bermula 13 hingga 21 Julai
01:01bagi mempercepatkan penyelarasan operasi kecemasan dan penyaluran bantuan kepada mangsa.
01:06bercerana manfaat petong coto hala mempercepatkan potma
Comments

Recommended