00:00Sekurang-kurangnya dua maut dalam banjir buruk susulan hujan lebat tanpa henti di Texas, AS.
00:07Gak benarnya, Greg Abbott berkata mangsa merupakan seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika berada di dalam sebuah kenderaan rekreasi
00:15RV
00:16manakala seorang wanita di Uveld turut dihanyutkan ketika memandu di jalan yang ditelenggami banjir.
00:24Ujar beliau, pihak berkuasa telah melaksanakan lebih 230 operasi menyelamat melibatkan mangsa yang terjejas akibat banjir.
00:32Ketika ini, sebanyak 59 daerah di Texas diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di bawah amaran banjir.
00:39Abbott memberi amaran bahawa risiko banjir besar dijangka berterusan sepanjang malam hingga Sabtu pagi.
00:45Beliau turut tidak menolak kemungkinan berlakunya beberapa kejadian puting beliung di kawasan terjejas.
00:50Hujan yang melanda sejak Isni lalu telah mencatatkan jumlah taburan antara 10 hingga 15 inci
00:55manakala tambahan antara 10 hingga 15 inci hujan lagi turut dijangka sehingga Jumaat.
01:01Jelas Abbott, ancaman cuaca buruk dengan hujan lebat itu bukan hanya tertumpu di Texas
01:06malah beberapa kawasan lain di Amerika Syarikat.
01:09Meluk perkhidmatan cuaca kebangsaan Amerika, amaran banjir kilat telah dikeluarkan merangkumi
01:14sebahagian besar kawasan tengah dan selatan Arizona.
01:17Ia meliputi Prescott, Phoenix, Tucson hingga kesempadan Meksiko susulan ribut monsoon
01:23yang membawa hujan lebat ke rantau berkenaan.
01:26Amaran serupa turut dikeluarkan bagi kawasan Ngarai di selatan Utah
01:31yang berisiko mengalami banjir kilat akibat cuaca buruk berterusan.
01:37Terima kasih telah menonton!
Comments