00:00Dan akhir sekali, Pulau Pinang menyumbang 45% daripada keseluruhan hasil pelancongan perubatan Malaysia setakat ini.
00:07Sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan perubatan terkemuka negara.
00:13Ketua Menteri Chao Kuan Yeo berkata, Pulau Pinang menerima lebih 500 ribu pesakit antarabangsa pada 2025
00:19yang menjana lebih 1.1 bilion ringgit hasil daripada pelancongan perubatan.
00:27Ia sekaligus mencerminkan pertumbuhan berterusan didorong kerjasama kukuh antara sektor penjagaan kesihatan awam dan swasta.
00:36Pencapaian ini mencerminkan hasil pelaburan jangka panjang sektor awam dan swasta, profesionalisme, petugas penjagaan kesihatan
00:44serta keyakinan pesakit terhadap sistem penjagaan kesihatan Pulau Pinang.
00:49Kuan Yeo berkata, Malaysia berada pada landasan tepat untuk terus memperluas kehadirannya
00:54dalam industri pelancongan perubatan global.
00:57Beliau berkata, standar klinikal yang tinggi, kemudahan penjagaan kesihatan modern
01:01serta tenaga profesional perubatan yang berkemahiran memberikan Malaysia kelebihan daya saing
01:07dalam menarik pesakit antarabangsa.
01:10Bagaimanapun, peluang berkenaan bukan sekadar untuk menarik lebih ramai pesakit
01:14tetapi untuk membangunkan perkhidmatan penjagaan kesihatan bernilai lebih tinggi
01:19yang mewujudkan manfaat ekonomi lebih luas untuk negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
01:25Sementara itu, Kuan Yeo berkata, Kerajaan Pulau Pinang akan terus bekerjasama rapat
01:30dengan penyedia penjagaan kesihatan swasta.
01:33Langkah tersebut bagi mengukuhkan ekosistem perubatan negeri
01:37dan memastikan pertumbuhan industri diterjemahkan kepada manfaat yang dapat dirasai rakyat.
01:42Terima kasih telah menonton!
Comments