00:00Bursa Malaysia dijangka mencatatkan prestasi dagangan yang tinggi minggu depan. Ini susulan pelabur terus mengalihkan pelaburan daripada saham teknologi pertumbuhan
00:09tinggi kepada saham mewah dan sektor defensif berikutan persekitaran pasaran global yang lebih waspada.
00:18Menurut pengarah dan penganalisis strategi pelaburan dan ekonomi IPPFA Senyuan Berhad, Mohd Siddiq Jantan, pelabur dijangka mengimbangi semula portfolio masing
00:27-masing susulan prestasi cemerlang saham teknologi sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
00:32Beliau berkata pelabur mungkin menumpukan kepada sektor kewangan, penjagaan kesihatan berkaitan pengguna serta saham lain yang bersifat defensif yang menawarkan
00:42keuntungan lebih berdaya tahan dan hasil dividen yang menarik.
00:46Katanya penurunan FBM KLCI di bawah arah 1,680 minggu ini juga dijangka menarik aktiviti pembelian ketika harga murah khususnya
00:55dalam saham mewah yang mempunyai asas kukuh dan kini dinilai lebih menarik selepas penyusutan baru-baru ini.
01:02Penyederhanaan penguasaan sektor teknologi juga berpotensi memberikan manfaat kepada pasaran yang sedang pesat membangun termasuk Malaysia apabila pelabur meluaskan pendedahan
01:12mereka melangkaui sektor teknologi bermodal amat besar Amerika Syarikat.
01:17Bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini, bursa Malaysia ditutup rendah kebanyakannya berikutan aktiviti pengambilan untung apabila pelabur kekal berhati
01:25-hati, ekoran ketadaan pemangkin positif.
01:28Berasaskan jumat kejumat, indeks utama susut 44.29 mata kepada 1,667.74 daripada 1,712.03 minggu lepas.
01:41Jumlah dagangan mingguan turun kepada 15.54 bilion unit bernilai 13.11 bilion ringgit daripada 16.92 bilion unit bernilai
01:5114.62 bilion ringgit pada minggu lepas.
Comments