Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Sekurang-kurangnya enam terbunuh selepas militan menyerang kompleks keselamatan di Karachi, Pakistan. Letupan berlaku selepas kenderaan sarat bahan letupan merempuh pintu masuk kem.
Transcript
00:00Dan di Pakistan, sekurang-kurangnya enam individu maut dalam serangan oleh kumpulan bersenjata ke atas sebuah kompleks keselamatan di Karachi.
00:08Ketua Polis Sinjavid Alam, Odo berkata, insiden yang berlaku pada petang Sabtu itu membabitkan lima hingga enam penyerang yang melancarkan
00:17serangan ke atas kamp pasukan paramilitri rangers di daerah timur bandar tersebut.
00:22Katanya letupan besar berlaku apabila sebuah kenderaan yang sarat bahan letupan merempuh pintu masuk kompleks perkenaan.
00:28Tambahnya, sekurang-kurangnya tiga penyerang berjaya ditembak mati dalam kejadian itu.
00:33Namun, sumber keselamatan lain mendakwa jumlah penyerang yang terbunuh mungkin lebih tinggi.
00:38Sehingga kini, tiada kumpulan dilaporkan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.
00:44Insiden itu sekali lagi mencetuskan kebibangan terhadap keselamatan di Karachi yang sebelum ini turut mencatatkan beberapa serangan bersenjata.
Comments

Recommended