Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Kasih sayang seorang bapa bukan sekadar terserlah dalam mendidik anak sendiri, malah mampu melimpah kepada masyarakat sehingga mengubah kehidupan insan lain.
Transcript
00:00Bukan semua wira memakai uniform atau berdiri di atas pentas menerima tepukan.
00:05Ada yang memilih lorong gelap kota dan ada yang menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa atau agama.
00:13Atas jasa dan pengorbanan itulah, tiga insan bergelar Bapa dipilih menerima anugerah khas inspirasi Bapa.
00:23Mereka adalah aktivis sosial Yusof Muhammad Nur yang lebih dikenali sebagai Abang Minyak Hitam,
00:27aktivis kebajikan Azhan Adnan serta pengasas Autism Cafe Project, Adli Yahya.
00:34Meskipun datang daripada latar belakang berbeza, mereka berkongsi satu persamaan
00:39iaitu menjadikan nilai kebapaan sebagai pendorong untuk berbakti.
00:44Ini anak saya, Luqman, dia tak boleh bercakap, dia tak boleh berfikir dengan sepuluhnya, dia ada masalah fizikal.
00:53Jadi kalau awak letak satu tempat dia, nak bagi dia kerja, tak ada orang nak ambil.
00:58Jadi saya tak boleh biarkanlah sebab ini anak saya.
01:02Jadi dia nak bekerja, tak dapat.
01:04Jadi saya ciptakan pekerjaan untuk dia lah, itu yang saya buat Autism Cafe Project itu untuk dia orang bekerja.
01:09Saya dapat banyak kelebihan dia dapat belajar, jadi saya rasa tak adil saya buat untuk dia seorang.
01:16Walaupun pada awalnya didorong kebimbangan terhadap masa depan anaknya,
01:20Autism Cafe Project kini membuka peluang baru serta memberi harapan kepada anak-anak istimewa.
01:26Sementara itu, bagi Ashan pula, perjalanan hidupnya sebagai ikon kebajikan,
01:30bermula daripada hasrat istrinya untuk menyediakan makanan kepada jemaah masjid setiap hari Jumaat.
01:37Namun langkah kecil itu akhirnya membawa beliau menyelami kehidupan golongan gelandangan dan anak-anak lorong
01:42di sekitar lorong Haji Taib serta Chowkit di Ibu Negara.
01:48Bila abis melihat sesuatu yang tak pernah kita lihat,
01:53jadi kita rasa macam, aku mesti buat sesuatu.
01:59Jadi start daripada situ, maka abis berbuat sesuatu
02:03dan dia rasa kenilmatan kerana kita dapat satu ketenangan yang tak pernah kita dapat sebelumnya.
02:12Cuba buat, baru tahu.
02:15Tak buat, tak tahu.
02:17Tak terfikir pun boleh sampai ke tahap ini.
02:20Saya buat video-video untuk macam ajak buat untuk orang buat kebaikan.
02:27Saya tak terfikir pun boleh dapat sijil ini.
02:30Pemilihan ketiga-tiga penerima anugerah khas inspirasi bapa itu membuktikan
02:34gelaran sebagai seorang bapa bukan hanya diukur melalui pertalian darah.
02:39Sebaliknya melalui keikhlasan, kasih sayap dan kesediaan berkorban
02:44demi mengubah kehidupan orang lain tanpa mengharapkan sembarang balasan.
02:48Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended