Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Australia naikkan denda syarikat teknologi hingga A$99 juta bagi pelanggaran larangan media sosial bawah 16 tahun.
Transcript
00:00Australia mengumumkan langkah lebih tegas terhadap syarikat teknologi dengan menggandakan denda maksimum bagi kegagalan mematuhi larangan penggunaan media sosial oleh
00:09individu bawah 16 tahun.
00:10Di bawah cadangan pindahan undang-undang baharu, denda dinaikkan kepada $99 juta berbanding $49.5 juta sebelum ini,
00:19sesuai kebimbangan larangan tersebut masih gagal mengekang penggunaan media sosial dalam kalangan remaja.
00:25Kerajaan turut memperkukuh kuasa Suranjaya e-Safety bagi mendapatkan maklumat daripada syarikat media sosial termasuk bukti langkah yang diambil untuk
00:34menghalang pengguna bawah umur membuka akaun.
00:37Siasatan sedang dijalankan terhadap beberapa platform utama termasuk Instagram, Facebook, Youtube, Snapchat dan TikTok berhubung kemungkinan ketidakpatuhan terhadap undang-undang
00:47tersebut.
00:48Larangan yang telah berkuat kuasa selama enam bulan itu menunjukkan hasil yang pelbagai apabila lebih 5 juta akaun milik individu
00:55bawah 16 tahun telah disekat atau dinyahaktifkan.
00:59Namun kajian menunjukkan sebahagian besar remaja masih mengakses platform tersebut dengan meminta sistem pengesahan umur.
01:06Satu kajian yang diterbitkan dalam British Medical Journal mendapati 85% remaja berusia 12 hingga 15 tahun masih menggunakan media
01:16sosial tiga bulan selepas larangan berkuat kuasa.
01:19Kaji selidik itu turut menunjukkan ramai pengguna bawah umur mengisytiharkan umur lebih tinggi atau menggunakan teknik lain seperti swafoto untuk
01:27memperdaya sistem pengesahan.
01:29Perdana Menteri Australia berkata walaupun terdapat kemajuan dalam perbincangan global mengenai isu ini, syarikat teknologi masih belum mengambil langkah secukupnya
01:38untuk mematuhi undang-undang.
01:40Kerajaan menegaskan bahawa langkah penguat kuasaan perlu diperkukuh memandangkan teknologi pengesahan umur sedia ada sebenarnya mampu digunakan dengan lebih berkesan.
01:50Dalam masa sama negara lain termasuk Britain turut merancang memperkenalkan sekatan lebih ketat terhadap penggunaan media sosial dalam kalangan golongan
01:58muda.
01:59Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended