Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Jumlah korban gempa Venezuela meningkat kepada 1,430, dengan puluhan ribu masih tidak dikesan.
Transcript
00:00Jumlah korban akibat dua gempa bumi kuat yang melanda Venezuela minggu ini terus meningkat kepada sekurang-kurangnya 1,430 orang.
00:08Menurut Presiden Perhimpunan Kebangsaan Venezuela, Jorge Rodriguez, seramai 3,200 mangsa dilaporkan cedera,
00:15manakala kira-kira 3,100 individu kehilangan tempat tinggal akibat bencana tersebut.
00:22Beliau berkata walaupun kerajaan melaporkan ratusan mangsa masih hilang atau terperangkap,
00:27lebih 54,000 individu disenaraikan sebagai tidak dapat dikesan berdasarkan portal yang disokong pihak pembangkang.
00:35Gempa berkembar berukuran magnitud 7.2 dan 7.5 itu melanda kawasan sekitar 160 km barat Karakas
00:43dan menyebabkan kemusnahan besar kepada infrastruktur serta kawasan perumahan.
00:48Keadaan ini mencetuskan krisis kemanusiaan besar dengan operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan bagi mengesan mangsa yang terselamat.
00:56Kajian geologi Amerika Syarikat, USGS sebelum ini menganggarkan jumlah korban berpotensi melebihi 10,000 orang
01:03sekaligus menjadikan bencana ini antara yang paling dahsyat di Amerika Latin dalam tempoh seabad.
01:09Pihak berkuasa Venezuela kini memberi tumpuan kepada usaha bantuan kecemasan dan pemulihan di kawasan terjejas.
01:16Terima kasih.
01:17Terima kasih.
01:18Terima kasih.
Comments

Recommended