Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Gelombang haba melampau terus membadai Eropah pada Sabtu, dengan suhu melepasi 40 darjah Celsius di beberapa negara sehingga memecahkan rekod baharu, selain dikaitkan dengan puluhan kematian dan gangguan besar terhadap kehidupan harian.
Transcript
00:00Baik, seterusnya gelombang haba melampau terus membadai beberapa negara Eropah pada Sabtu dengan suhu melebihi rekod 40 darjah Celsius.
00:09Suhu tertinggi sepanjang masa sebelum ini direkodkan di Jerman, Denmark dan Republik Cek.
00:14Wanakala Switzerland mencatatkan suhu tertinggi untuk bulan Jun.
00:20Dari Skandinavia hingga ke kawasan Alps, cuci panas melampau terus melanda Eropah.
00:25Jerman, Denmark dan Republik Cek mencatat rekod suhu tertinggi dalam sejarah, manakala Switzerland merekodkan suhu tertinggi bagi bulan Jun.
00:33Di Jerman, suhu mencecah 41.5 darjah Celsius keligus memecahkan rekod yang dicatatkan hanya sehari sebelumnya.
00:41Di Berlin, pihak polis menggunakan beriam air bagi membantu orang ramai menyejukkan badan, manakala amaran cuaca panas melampau dikeluarkan hampir
00:49di seluruh negara.
00:50Di Denmark pula, suhu 37 darjah Celsius direkodkan sebagai yang tertinggi sejak pengukuran cuaca bermula pada tahun 1874.
00:58Republik Cek terus mencatatkan rekod baru apabila suhu mencecah 40.9 darjah Celsius.
01:04Di Perancis, gelombang haba dilaporkan mengorbankan puluhan nyawa.
01:08Suhu yang melepasi 40 darjah Celsius terus mengganggu perkhidmatan kereta api dan penjenaan tenaga elektrik
01:14selain menyebabkan beberapa sekolah ditutup serta acara luar ditangguhkan.
01:18Di Itali, amaran merah dikeluarkan di 18 bandar utama termasuk Rom, Milan dan Florence.
01:25Cuaca panas terus memberi kesan kepada sektor tenaga apabila beberapa logi tenaga nuklear di Hungary dan Switzerland
01:30terpaksa mengurangkan atau menghentikan operasi berikutan peningkatan suhu air sungai yang digunakan untuk sistem penyejukan.
01:38Saintis memberitahu gelombang haba kali ini hampir mustahit berlaku tanpa perubahan iklim akibat aktiviti manusia.
01:44Keadaan dijangka melereda secara berperingkat apabila ribut petir diramal melanda beberapa kawasan di Eropah bermula ahad.
Comments

Recommended