Skip to playerSkip to main content
  • 23 minutes ago
Kerajaan komited memperkasa golongan lelaki menerusi penubuhan Jaringan Pemerkasaan Lelaki, sebagai platform strategik bagi melahirkan ketua keluarga yang bertanggungjawab serta berdaya tahan.
Transcript
00:00Seterusnya kerajaan mengumumkan penubuhan jaringan pemerkasaan lelaki sebagai satu platform strategik untuk melahirkan ketua keluarga yang bertanggungjawab dan berdaya tahan.
00:11Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Fadillah Yusof berkata inisiatif itu menggabungkan kepakaran 20 ketubuhan bukan kerajaan atau NGO yang akan
00:18bertindak sebagai penggerak utama pelaksanaan program kebapaan secara holistik dan juga berterusan.
00:28Selain itu KPWKN turut memperkukul agenda pemerkasaan lelaki melalui Men Empowerment Network atau jaringan pemerkasaan lelaki sebuah jaringan strategik yang
00:41menghimpunkan kepakaran 20 NGO bagi memperluaskan pelaksanaan program kebapaan secara lebih holistik.
00:49Melalui inisiatif ini pelbagai latihan berkaitan pengurusan konflik, kemahiran keibubapaan dan kesihatan mental akan dilaksanakan bagi membantu golongan lelaki mengurus
01:01tekanan kehidupan di samping, menghapuskan stigma bahawa mendapatkan bantuan ketika berdepan dengan cabaran emosi merupakan satu kelemahan.
01:12Bila berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Lim Hu Ying pada sambutan
01:19Hari Bapa Peringkat Kebangsaan bertemakan Sehebat Kasih Bapa di Saiberjaya pada Ahad.
01:24Fadilah berpendapat peranan bapa yang kukuh dan berfungsi dengan baik, mampu menjadi benteng perlindungan pertama dalam mencegah penglibatan anak-anak
01:32dalam gejala sosial, penyalahgunaan dadah serta keciciran nilai.
01:37Justru usaha memperkasa keibubapaan, khususnya meningkatkan penglibatan golongan bapa dalam pembesaran dan pendidikan anak, perlu terus diberi perhatian sebagai agenda
01:47penting negara.
01:49Katanya langkah itu mampu membantu melahirkan institusi keluarga yang lebih kukuh, sekaligus menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
Comments

Recommended