00:00Dan sebelum Amerika Syarikat lancar serangan terbaharu ke atas Iran, Presidennya Donald Trump mengesahkan Iran tidak menggunakan sebarang caj terhadap
00:07kapal yang melalui silat hormus.
00:08Dalam satu antaran di media sosial, Trump maklumkan Teheran telah memberi jaminan bahawa tiada bayaran tol, kos insurans atau caj
00:15lain dikenakan ke atas laluan tersebut.
00:18Beliau turut memberi amaran bahawa rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Iran akan dihentikan serta-merta sekiranya maklumat tersebut didapati
00:27tidak benar.
00:27Isu tersebut timbul di tengah perbezaan pandangan antara kedua-dua negara berhubung beberapa aspek penting dalam perjanjian rangka kerja termasuk
00:36kawalan selat hormus, insentif kewangan dan konflik di Lubnan.
00:40Perjanjian antara Amerika Syarikat dan Iran sebelum ini bertujuan menamatkan konflik serantau namun masih berdepan kritikan termasuk daripada ahli politik
00:49domestik di Amerika Syarikat.
00:51Kenyataan Trump disifatkan sebagai usaha meredakan kebimbangan mengenai keselamatan dan kebebasan laluan maritim antarabangsa selain memastikan perjanjian yang dicapai dapat
01:02dilaksanakan tanpa gangguan.
01:04Namun perbezaan naratif antara kedua-dua pihak menunjukkan rundingan masih berada dalam fasa sensitif dengan beberapa isu utama belum diselesaikan
01:13sepenuhnya.
Comments