00:00Selepas diperkenalkan empat dekat lepas, kempen beli barangan Malaysia kini dijenamakan semula sebagai Jom Beli Produk Malaysia atau Jom Malaysia
00:08bagi memperkukuh jenama produk dan perkhidmatan tempatan di samping memupuk semangat patriotisme ekonomi dalam kalangan rakyat.
00:15Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kuasaan Hidup, Datuk Armiza Mama Ali, transformasi itu bukan sekadar melibatkan perubahan nama atau
00:22logo, sebaliknya merangkumi anjakan kepada objektif, strategi dan teras gerakan bagi menggalakkan rakyat mengutamakan peratapatan serta merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
00:35Kerajaan jelasnya mahu menjadikan Jom Beli Produk Malaysia sebagai satu gerakan nasional yang berakar umbi kepada nilai dan semangat patriotisme
00:43khususnya patriotisme ekonomi.
00:45Beliau berkata gerakan itu akan dilaksanakan melalui pendekatan menyeluruh negara, whole of nation, melibatkan kerjasama kementerian, agensi kerajaan, pemain industri,
00:55peniaga dan rakyat bagi memastikan usaha memperkukuh penggunaan produk tempatan dapat digerakkan secara menyeluruh.
01:02Armin Zah berkata penjenamaan semula itu turut memperluas skop kempen yang sebelum ini lebih tertumpu kepada barangan, produk dan perkhidmatan
01:10tempatan, selaras dengan perkembangan ekonomi negara yang menyaksikan sektor perkhidmatan semakin berkembang.
01:16Beliau berkata sasaran kempen itu bukan hanya pengguna tempatan, malah pelancong dan warga asing, sekaligus membantu mempromosikan produk Malaysia ke
01:25pasaran antarabangsa.
01:26KPDN juga akan terus memperkukuh usaha membantu usahawan tempatan menerusi pelbagai program pemasaran, promosi dan bimbingan yang dilaksanakan secara rentas
01:36kementerian serta agensi.
01:37Sementara itu, menurut kenyataan KPDN, pelancaran Jom Malaysia diadakan bersempena festival Jom Malaysia X Pesta Kita yang berlangsung di pasar
01:46seni dari 26 hingga 28 Jun, melibatkan 123 usahawan dan pempamir dari seluruh negara.
01:53Menurut KPDN, sektor perdagangan borong dan runcit negara terus mencatat pertumbuhan positif dengan nilai jualan mencecah RM1.87 triliun pada
02:032025.
02:04Ini sekaligus membuktikan potensi besar produk dan perkhidmatan tempatan untuk terus berkembang dengan sokongan pengguna dan pemain industri.
Comments