00:00Kementerian Komunikasi menyasarkan anugerah Seri Angkasa ASA 2026 menerima antara 2,000 hingga 2,500 pencalonan sekaligus menjadikan edisi kali
00:10ini lebih kompetitif berbanding penganjuran terdahulu.
00:13Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Kandungan Kementerian Komunikasi Puteri Farah Nadia Zulkifli berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan peningkatan jumlah penyertaan
00:21yang diterima pada setiap edisi sebelum ini.
00:25Antara jumlah penyertaan tahun 2024, kita menerima bahan pencalonan sehingga 1,850 bahan.
00:34Untuk tahun 2022, kita menerima bahan sehingga 1,750. Jadi kita anggarkan untuk tahun ini, kita bakal menerima pencalonan sehingga
00:462,000 permohonan ataupun sehingga 2,500 permohonan.
00:50Jadi dia lebih kompetitif lah. Jadi atas sebab itulah ianya dilanjutkan sebab sekarang ni pun kalau kita tengok bahan pencalonan
00:59yang dihantar, jumlahnya amat memberangsangkan.
01:03Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam program Awani Pagi pada Jumaat.
01:07Menurut Puteri Farah Nadia, peningkatan itu didorong jumlah kategori yang dipertandingkan selain penyertaan yang semakin menggalakkan daripada organisasi penyiaran kerajaan
01:17dan swasta.
01:17Katanya lanjutan tempoh pencalonan sehingga 30 Jun turut memberi ruang kepada organisasi penyiaran memilih karya terbaik sebelum menghantar penyertaan melalui
01:26sistem pencalonan yang ditambah baik.
01:29ASA-2016 mempertandingkan 60 kategori merangkumi televisyen, radio dan media baru selain 2 kategori khas iaitu anugerah khas juri dan
01:37anugerah tokoh seri angkasa.
01:43melaluichain wilayah khas.
01:49Terima kasih kerana menonton!
Comments