Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan pada Jumaat (26 Jun) memaklumkan pemilik kenderaan dalam kategori ini boleh membuat semakan dan permohonan melalui portal rasmi BUDI MADANI setelah sistem permohonan dikemas kini.
Transcript
00:00Budi Madari Diesel kini diperluaskan kepada kenderaan persendirian milik syarikat bagi jenis badan pikap dan jeep.
00:08Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, langkah itu dibuat susulan maklum balas serta rayuan peniaga kecil dan pengguna
00:16kenderaan diesel untuk tujuan kerja harian.
00:22Peluasan itu dijangka memberi manfaat kepada pengguna yang menggunakan pikap dan jeep diesel untuk perniagaan kecil, perjalanan harian dan aktiviti
00:30di kawasan luar bandar atau pendalaman tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
00:35Ujian kenyataan, pemilik kenderaan dalam kategori ini boleh membuat semakan dan permohonan melalui portal rasmi Budi Madari setelah sistem permohonan
00:43dikemas kini.
00:44Langkah itu antara beberapa penambahbaikan terhadap pelaksanaan sistem subsidi bersasar itu yang dipersetujui kerajaan.
00:51Antara penambahbaikan lain ialah pelaksanaan program insentif pengecualian sementara fee tukar hak milik THM kenderaan diesel selama tiga bulan bermula
01:001 Julai ini.
01:02Ujian kenyataan, pengecualian ini melibatkan fee THM yang pada masa ini boleh mencecah sehingga RM100 bergantung kepada jenis kenderaan dan
01:10lokasi pendaftaran.
01:11Selain itu, Kementerian Kewangan akan membenarkan pemilik berdaftar kenderaan diesel memindahkan kelayakan subsidi diesel kepada ahli keluarga terdekat yang merupakan
01:20pengguna sebenar kenderaan tersebut tertakluk kepada syarat dan pengesahan yang akan ditetapkan.
01:26Mekanisme pemindahan kelayakan itu akan dimaklumkan melalui seluruhan rasmi Budi Madari selepas perincian teknikal dimuktamadkan.
01:32Kenyataan juga memaklumkan akses awal Budi Diesel akan bermula Sabtu bagi pengguna kenderaan diesel persendirian yang layak di semenanjung Malaysia.
01:41Sepanjang tempoh akses awal ini, diesel bersubsidi boleh dibeli pada harga RM2.15 seliter melalui pengesahan MyCard di stesen minyak
01:50yang mengambil bahagian.
01:51Pelaksanaan penuh Budi Diesel akan bermula pada 1 Julai ini di seluruh negara dengan harga diesel bersubsidi RM2.10 seliter
01:58bagi rakyat Malaysia yang layak.
02:02Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended