00:00Mahkamah Korona pada Jumaat diberitahu bahawa Allahirahm Zara Khairina Mahathir mengalami tekanan emosi berulang dalam beberapa bulan sebelum kematiannya yang
00:09dikaitkan dengan hubungan bersama rakan sebaya, pakar perunding psikiatri Dr. Wong Hao Huo, memaklumkan tekanan di alami remaja itu bukan
00:18berpunca daripada satu insiden tunggal, sebaliknya melibatkan konflik berterusan dalam hubungan interpersonal.
00:27Menurutnya dapatan itu berdasarkan penelitian menyeluruh terhadap pelbagai bahan termasuk laporan perubatan, hasil bedah siasat, nota inquest, catatan peribadi serta
00:37bahan komunikasi digital dan temubual bersama keluarga.
00:40Menurut Hao Huo, menjelang Jun dan Julai 2025, Zara Khairina mengalami tekanan emosi yang semakin serius, lebih sensitif dan merasakan
00:50persekitarannya semakin tidak selamat.
00:53Hao Huo turut mendedahkan antara Mac hingga Mei 2025, mangsa menunjukkan tanda-tanda tekanan emosi seperti ketakutan berdepan konflik, penyisihan
01:02sosial serta kemungkinan menjadi mangsa ejekan rakan sebaya.
01:07Beliau berkata keadaan itu semakin memburuk menjelang Jun dan Julai 2025 termasuk faktor salah faham berulang, kabar angin serta konflik
01:18di sekolah berasrama.
01:20Katanya lagi, tekanan emosi tersebut turut dipengaruhi gabungan faktor kerentanan emosi serta persekitaran kehidupan di asrama yang dilihat semakin mencabar.
01:32Hao Huo juga menyatakan kejadian pada 15 Julai 2025 merupakan insiden penting ketika mangsa berada dalam keadaan emosi tidak stabil
01:41dipercayai berkait dengan satu dawaan konfrontasi di asrama.
01:45Proceeding Inquest akan diteruskan di Mahkamah Corona bagi mendengar keterangan lanjut saksi lain.
Comments