00:00Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara 2 tahun dan 3 sebatan oleh Mahkamah Session Seremban pada Jumaat
00:08selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000 4 tahun lalu.
00:16Hakim Syahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Arif Ismail, 39 tahun, selepas pertuduhan dibacakan.
00:24Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan curangnya telah menyalahgunakan wang bayaran skim pelaburan sebuah syurikat insurans
00:31berjumlah RM150,000 yang diberikan oleh seorang lelaki berusia 41 tahun dengan sebab untuk mempercayai bahawa wang tersebut bukan hak
00:42tertuduh.
00:43Kesalahan itu dilakukan pada jam 10 pagi 5 Januari 2022 di sebuah bank dinilai.
00:49Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 5 tahun sebat dan denda jika
01:00sabit kesalahan.
01:01Tertuduh yang tidak diwakili peguang merayu agar dikenakan hukuman minimum kerana sedang menjalani rawatan bagi penyakit kritika di sebuah hospital
01:10di Melaka.
01:10Dia yang berstatus duda dan kini berniaga memaklumkan mempunyai seorang anak berusia 9 tahun yang kini dijaga oleh bekas istrinya.
01:20Timbalan pendakwa raya Nur Nadia Hani Muhammad Ideris memohon mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum dengan mengambil kira kerugian yang dialami mangsa
01:29selepas terpedaya dengan skim pelaburan yang tidak wujud sehingga menyerahkan wang RM150,000.
01:35Tambahnya, mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam berbanding kepentingan peribadi.
Comments