Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen, Oliver Blume, menyasarkan untuk mengurangkan sehingga 100,000 pekerjaan daripada tenaga kerjanya di seluruh dunia dalam tempoh beberapa tahun akan datang, lapor Manager Magazin pada Jumaat (26 Jun).
Transcript
00:00Gergasi pengeluar kereta Jerman kumpulan Volkswagen menyasarkan untuk mengurangkan sehingga 100,000 pekerjaan di seluruh dunia dalam tempoh beberapa tahun
00:09akan datang.
00:10Perkara itu dilaporkan majalah tempatan Manager Magazin pada Jumaat memetik Ketua Pegawai Eksekutifnya Oliver Bloom.
00:20Majalah itu turut melaporkan Bloom berhasrat mengurangkan pelaburan sekitar 15% kepada lebih sedikit daripada $148 bilion Amerika bersamaan RM609
00:32bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.
00:36Antara lain Bloom dan Ketua Pegawai Kewangan Arnold Antlitz berhasrat mengstrukturkan semula syarikat itu secara menyeluruh.
00:44Menurut laporan itu, jenama teras VW milik Volkswagen serta kilang pembuatan alat ganti akan dipisahkan daripada struktur kumpulan sedia ada
00:52dan diperbadankan sebagai entiti berasingan.
00:56VW juga merancang menutup beberapa kilangnya di Jerman termasuk sebuah kilang Audi.
01:01Penutupan itu akan dibuat selepas pengeluaran model kenderaan di kilang berkenaan selesai.
01:05Bloom minggu lalu dilaporkan berkata bagi jenama utama VW sahaja sebanyak 35,000 pekerjaan akan dikurangkan menjelang 2030.
01:15Jumlah tenaga kerja dijangka berkurang sebanyak 19,000 orang menjelang akhir 2026 dengan kira-kira 28,000 peberhentian secara sukarela
01:24dipersetujui.
01:25Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended