Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Penamaan calon PRN Johor ke-16 dijangka mempamerkan dinamika politik baharu, termasuk strategi kempen dan pencalonan, yang boleh menjadi rujukan kepada pilihan raya akan datang.
Transcript
00:00Pilihan Raya Johor ke-16 PRN 16 yang bakal membuka tirai penamaan calon pada Sabtu dijangka menunjukkan corak politik baharu
00:07yang boleh menjadi rujukan kepada pilihan raya akan datang.
00:11Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya, Dr. Mohd Taufik Yaakob menyifatkan dinamika itu sebagai satu template baharu
00:20dalam politik pilihan raya khususnya dari segi pencalonan dan strategi kempen.
00:26Sudah semestinya kita akan lihat esok satu politik warna politik yang baru melibatkan pecalonan, melibatkan kempen, strategi yang boleh digunakan
00:38bukan sahaja peringkat Johor tetapi boleh diterjemahkan dalam PRN-PRN negeri selepas ini termasuklah PRU 16 yang akan datang.
00:46Meskipun kerjasama politik tidak berlaku dalam konteks Perikatan Nasional, Perikatan Perpaduan di negara Johor tetapi di peringkat kesputusan itu lain,
00:56template-nya lain.
00:57Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, setakat ini sebanyak 593 borang pecalonan telah terjual.
01:04Namun, hanya 133 bakal calon mengesahkan penyertaan dengan menjelaskan deposit.
01:10Mengulas perkembangan itu, beliau menyifatkan situasi berkenaan sebagai perkara yang lazim dan tidak mengejutkan dalam mana-mana pilihan raya.
01:19Ya, mereka yang tidak tercalon ataupun yang kecewa akan muncul pada pagi esok yang pertama, yang kedua saya tak terkejut
01:27akan muncul juga calon-calon bebas di perkara biasa dalam mana-mana pilihan raya tetapi jumlahnya itu saya jangkakan tidaklah
01:34terlalu besar kerana di Johor ini lebih kepada sentimen parti berbanding dengan mereka ingin bertandis secara bebas seperti mana di
01:42Sabah ataupun di negeri-negeri lain.
01:43Untuk rekod Dewan Undangan Negeri Dun Johor dibubarkan pada 1 Jun lalu dengan SPR menetapkan esok 27 Jun sebagai hari
01:52penamaan calon 7 Julai bagi pengundian awal dan 11 Julai sebagai hari pengundian.
Comments

Recommended