00:00Penjawat awam dibenarkan bekerja 2 hari di rumah atau lokasi alternatif yang diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 3 hari di
00:08Pejabat.
00:09Ini selepas Jemaah Menteri pada Jumaat setuju melaksanakan Hari Bekerja Hybrid atau HBH sebagai norma baharu dalam perkhidmatan awam berkuat
00:18kuasa mulai 1 Ogos ini.
00:22Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam GPA, ia tertakluk kepada keperluan perkhidmatan, kesesuaian fungsi serta syarat yang ditetapkan.
00:30Garis panduan dan syarat pelaksanaan HBH akan dikeluarkan JPA dalam masa terdekat.
00:35JPA berkata pelaksanaan itu menggantikan pengaturan bekerja dari rumah atau BDR konflik Asia Barat yang sedang berkuat kuasa.
00:43Menurut kenyataan HBH, ialah satu inisiatif baharu kerajaan mengenai pengaturan kerja yang lebih fleksibel untuk penjawat awam tanpa mengurangkan waktu
00:53bekerja.
00:54JPA memaklumkan pelaksanaan HBH tidak akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan penting kerajaan kepada rakyat.
01:02Menurut JPA, perkhidmatan kaunter serta fungsi yang memerlukan kehadiran fizikal akan terus beroperasi seperti biasa termasuk sektor keselamatan, pertahanan, pendidikan,
01:14kesihatan dan mahkamah.
01:16Bagi negeri-negeri hari kelepasan mingguan atau HKM pada Ahad, JPA memaklumkan Isnin dan Jumaat ditetapkan sebagai hari kehadiran wajib
01:26ke pejabat.
01:27Manakala bagi negeri yang menetapkan HKM pada Jumaat, iaitu Kedah, Kelantan dan Teringganu, Ahad dan Kamis ialah hari kehadiran wajib
01:35ke pejabat.
01:36Sistem pemantauan akan dilaksanakan bagi memastikan integriti, prestasi dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat berada pada tahap terbaik.
Comments