00:00Barisan Nasional Petang tadi telah mengumumkan senarai calon yang akan bertanding mewakili parti itu di 56 kerusi dun pada beradaan
00:07negeri Johor.
00:08Siapa yang kekal dan siapa yang gugur dan untuk perincian lanjut, kita nak terus saja bersama dengan rakan setugas Firdaus
00:16Azil.
00:17Yang ini adalah hari pertama liputan Firdaus Azil bersama rakan Nasional Awani untuk Johor memilih.
00:24Kita terus bersama dengan Firdaus Azil ketika ini.
00:30Terima kasih Ehsan di Pusat Penyaran ASEAN.
00:33Dah pasti anda melihat bagaimana pengumuman yang disempurnakan oleh pengurusi Barisan Nasional Johor yang merangkap Menteri Besar Dato' On Hafiz
00:44Ghazi.
00:45Di mana kalau kita melihat daripada keseluruhan dengan UMNO mendominasi apabila menerajui 36 daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.
00:55Dan pengumuman ini dibuat oleh pengumuman kerusi BN Johor yang juga mengesahkan bahawa BN akan bertanding secara solo di semua
01:03kerusi tanpa kerjasama dengan mana-mana parti lain.
01:07Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa Barisan Nasional Johor akan bertanding di semua kerusi dan pendirian ini kekal serta tidak berubah
01:14demi memperbarui mandat untuk bangsa Johor.
01:17Beliau mengatakan bahawa Barisan Nasional Johor telah berdepan dengan pelbagai serangan dan tekanan hanya kerana menyatakan pendirian untuk terus memimpin
01:23negeri Johor.
01:24Dan BN Johor juga tidak akan membentuk gabungan dengan mana-mana parti politik lain.
01:28Dan percayaan ini, kata Dato' On Hafiz, bukan keisimewaan tetapi adalah satu amanah dan tanggungjawab yang cukup besar.
01:35Dan daripada segi susunan, sudah pasti UMNO mendominasi di kawasan luar bandar dan separa bandar.
01:40Manakala MCA diberikan kerusi di kawasan bandar dan MIC kekal di kerusi campuran.
01:45Dan ini jelas menunjukkan strategi yang jelas iaitu BN mahu mengukuhkan sokongan di kawasan teras mereka sambil mengambil risiko yang
01:52lebih besar di kerusi yang lebih mencabar.
01:54Dan pada masa yang sama, perkembangan ini berlaku ketika pihak lawan berdepan dengan pekecahan dalaman dan kemunculan pemain baru ini
02:00boleh memecahkan undi terutamanya di kawasan bandar.
02:04Namun, cabaran sebenar BN bukan hanya daripada lawan tetapi juga bergantung kepada sentimen pengundi khususnya di kawasan bandar dan dalam
02:11kalangan pengundi muda.
02:12Dan jika kita lihat kerusi tumpuan antara yang menjadi dijangka panas ialah Putri Wangsa dengan sebagai kerusi terbesar dengan jumlah
02:19pengundi muda yang tinggi diikuti oleh Permas, Johor Jaya yang banyak dipengaruhi oleh isu kos sara hidup.
02:25Selain itu, Skudai kekal sebagai kubu kuat pembangkang tetapi masih menarik jika diambil kira dinamika semasa dan macam penting sebagai
02:33kerusi Menteri Besar.
02:34Kota Iskandar juga penting sebagai ukuran sokongan terhadap kerajaan negeri dan semua kerusi ini berada di kawasan selatan Johor yang
02:40mempunyai kepadatan pengundi yang tinggi dan keputusan di kawasan ini jangka akan memainkan peranan besar dalam menentukan siapa yang membentuk
02:48kerajaan negeri.
02:49Akhir sekali, faktor keluar mengundi juga sangat penting. Jika peratusan keluar mengundi di kawasan bandar tinggi, maka ini dilihat akan
02:55mempunyai lebih kelebihan kepada pembangkang jika rendah kepada kekuatan jantar bahasa nasional dan secara keseluruhan.
03:01Pengumuman hari ini bukan sahaja sekadar mengenai senarai calon tetapi menunjukkan pendekatan bahasa nasional untuk bertanding secara sendiri dengan penuh
03:07keyakinan namun tetap berdepan cabaran besar di kawasan bandar yang akan menjadi penentu utama keputusan kali ini.
03:12Dan sudah pasti senarai penuh calon anda boleh layari soawani.com dan juga akan kita sediakan infografik untuk rujukan.
03:19Jadi saya Ehsan, saya kira itu sahaja yang saya boleh kongsikan dari Johor Baru kembali kepada Ehsan di studio.
03:24Fidoz, mungkin secara ringkas, kita telah melihat kepada calon daripada barisan nasional, Pakatan Harapan juga sudah dan mungkin selepas ini
03:30kita ada nantikan lagi pengumuman-pengumuman calon daripada parti-parti lain.
03:39Kita jangkakan kalau mengikut senarai seperti hari itu Pakatan Harapan sudah selesai mengumumkan kesemua 56 calon di 56 kerusi dan
03:47pada 25 hari bulan esok calon daripada pengurusi ataupun Presiden Parti Pemimpin Bersatu Malaysia,
03:55kalau kita mengikut undangan itu mengatakan bahawa akan memperkenalkan, mengumumkan calon daripada parti bersatu.
04:03Mereka tidak menggunakan Perikatan Nasional.
04:05Kita faham polemik ataupun kemelut yang melanda Perikatan Nasional ketika ini yang ketika Parti PAS telah memutuskan kerjasama politik dengan
04:15Bersatu.
04:15Walaupun Bersatu cuba untuk mengekalkan kedudukan mereka dalam Perikatan Nasional tetapi seperti kalau kita boleh imbas sebelum ini,
04:22Tansi Mudia mengatakan bahawa jika tidak boleh menggunakan logo Perikatan Nasional maka mereka akan terus menggunakan logo Bersatu dan ini
04:29akan kita verify ataupun akan kita sahkan pada esok.
04:33Dan sudah pasti sebelum ini ada cakap-cakap mengatakan bahawa kemungkinan besar akan ada kerjasama politik di antara dua parti
04:40Melayu terbesar iaitu UMNO dan juga PAS.
04:42Tetapi jika kita melihat senarai pengumuman tadi maka sudah pasti ia menutup ataupun menghentikan dasar-dasar yang mengatakan akan ada
04:50kerjasama politik itu.
04:50Dan kita menjangkakan bahawa di peringkat Perikatan Nasional ataupun PAS dan juga satu lagi Parti Wawasan Negara Pimpinan Dato' Sri
04:59Hamzah Zainuddin,
05:00mereka juga akan sudah pasti akan mengumumkan calon masing-masing tetapi tarikh itu masih belum dikongsikan kepada pihak media.
Comments